Wednesday, February 24, 2010

"I CAME (KAMBING) FROM CYPRUS"




Hari ini aku dapat peluang melawat Tempat ternakan kambing di Rembau.
Tuan punya tempat ini "besan" Hj.RMT.
Hebat tempatnya..... Ada 3 unit "Mansion" (Reban...besar punya...!)yang boleh
menempatkan lebih 1000 ekor kambing...dalam satu masa............

Yang menariknya...kambing yang ada di tempat ternakan "Besan" Hj.RMT pada ketika ini adalah kambing kambing dari "CYPRUS"...
Kalau selama ni kita kenal kambing "BOR".."Janapari"....
Kambing yang dari "Cyprus" ni memang besar gila...purata seekor antara 80kg-100kg.
Sistem peliharaan yang sistematik dan pemakanan yang teratur serta kawalan yang terperinci...boleh menghasilkan Kambing- kambing yang sehat..



Sesiapa pun boleh "teruja"(mcm blog Mak Uda cakap)...bila tengok banyaknya kambing kambing yang sehat sehat belaka..

Hj.RMT memang dah teruja,,,,aku pun ....! seronok bila melihat banyaknya kambing...! lumayan...
Hj. RMT pun menceritakan plan beliau...utk memelihara kambing "cyprus" dengan lebih canggih...lagi... ..mcm pembiakan lembu-lembu di Australia yg jauh lebih maju dlm teknik pemeliharaan ternakan.....



Nasihat dari "besan" Hj.RMT kepada aku.....
Nak pelihara kambing ni...perlu kesabaran yang amat kuat
kena cekal...Ceritanya kepada aku...pada tahun pertama dan kedua masa peliharaan ...banyak sekali dugaan....kalau kita bertahan dalam tempoh ni....InsyAllah..kita boleh berjaya...Kebanyakkan Penternak Kambing kalah dalam tempoh yang singkat ini................

Sunday, February 21, 2010

JOBLESS




Seorang Penggangur memohon kerja sebagai “Office Boy” di microsoft

Pengurus Jawatan telah menemuduga beliau dengan mencuci lantai…

”awak diterima bekerja”, setelah berpuashati dengan prestasi beliau…

Pengurus Jawatan bertanya ”boleh saya dapatkan alamat e mail anda dan kami akan hantar kepada awak borang permohonanan jawatan untuk diisi dan kami akan maklumkan tarikh mula kerja”

Penggangur itu menjawab “ saya tak ada computer….dan tak ada e.mail”

”Maaf…jawab pengurus jawatan, “kalau kamu tiada email…maknanya

kamu tidak ujud…”Orang yang tidak ujud…tak boleh dapat kerja”

Hampa, Penggangur itu pun berlalu dengan harapan yang kosong,…dia tak tau nak buat apa

Cuma dalam kocek nya ada RM10.00 sahaja…dia bercadang pergi ke Giant supermarket
Dan membeli jagung …10Kg

dia kemudiannya menjaja jagongnya merata tempat…dan berjaya

menjual semua jagong nya dengan keuntungan satu kali ganda….

dia meneruskan usaha sedemikian beterusan dan berjaya mendapat keuntungan

Dia memikir bahawa dia boleh berjaya dengan cara usaha sedemikian setiap hari

berusaha keras dan melipatkan keuntungan berganda setiap hari….

Setelah mempunyai modal yang cukup…dia mula membeli sebuah lori kecil

Setelah selama 5 tahun berusaha, beliau mempunyai banyak lori…dan
Menjadi seorang pembekal jagong terkenal di Malaysia

Kemudian dia merancang untuk masa depan keluarga dengan
Membeli “Life Insurance”

Dia pun bertemu dengan seorang “Broker Insurance” dan memilih polisi
Perlindungan insuran untuk keluarga…..

apabila semua dokumen sudah siap…..si Broker Insurance bertanyakan e-mail beliau

dia menjawab yang dia tidak ada address e-mail.. Si broker Insuran berasa pelik
Kenapa seorang usahawan yang berjaya seperti beliau tidak mempunyai e-mail..???

Si Broker…bertanya…Cuba bayangkan…Kalau lah Encik ada computer dan ada e-mail, ….Bukan kah encik akan lebih berjaya…..

Usahawan yang dah berjaya…senyum simpul…dan menjawab…
“Ya…kalau saya ada e-mail dulu.….saya dah jadi “Office Boy” di Microsoft
***Dalam hati…..usahawan itu membayangkan….kalaulah aku ada e-mail…dari dulu….

aku Cuma menjadi “Office Boy”….dan bukannya millionaire..........seperti sekarang

Moral dari cerita di atas….

Kita Cuma merancang…Allah sahaja yang menentukan.
Rezeki,Jodoh, Ajal & Maut hanya allah yang menentukan

Komputer, e-mail,Internet bukannya penyelesaian masaalah dalam hidup

tanpa internet,e-mail….Berusaha lah dengan gigih dan kita akan berjaya….

JANGAN BUANG MASA MENATAP KOMPUTER AJE….
BANYAK LAGI KERJA …YANG NAK DIBUAT…
PINGGAN KAT DAPOR BELUM LAGI CUCI
BAJU DALAM WASHING MACHINE BELUM LAGI SIDAI..
SAMPAH KAT DAPOR MELAMBAK
“SHAMEEEEELAAAAA…… teriak Mak Andeh…

Tuesday, February 16, 2010

LESS THE RUNSING 3



UTUSAN KATA " LAMBAKAN WARGA ASING"
Cerita kat bawah ni ada kaitan.....

4 org duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi.. seorang warga Amerika, seorang kongo, seorang Bangladesh dan seorang Malaysia..
sedang dalam perjalanan, warga Amerika tu mengeluarkn 100 us dollar lalu dibakarnya utk menghidupkn rokok..
semua terkentut dgn tindakan si Amerika dan belum sempat bertanya, si Amerika ni kata " its ok.. too many DOLLARs in Amerika,"..
tanpa mengendahkn kata kata si Amerika tu, si Kongo pula mengeluarkn sekotak cigar yg termahal didunia.. di bakarnya satu dan yg lain dibuang keluar tingkap.. tersentak dengan tindakan si Kongo ni, si Amerika bertanye, "why??,"what a waste??.
si Kongo menjawab," no problem...there is too many cigars in Kongo"..
si Mamat Malaysia dan si Bangla terpinga2 dengan perbuatan mereka td..
belum sempat si Bangla kata apa apa, si mamat Malaysia terus tolak & campak si Bangla keluar tingkap.. dengan slamber berkata "nevermind,no problem...its OK.. too many Bangla in Malaysia,"....

di copy dari lets laugh...

Lawak tak sengaja--suka-suka je

1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga....?
jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI.....

Alasan

Isthree , muda..umpama-nampak BABY DOLL.
IStwo sederhana muda pula-nampak BARBIE DOLL.
ISone..... bini tua-nampak PANADOL !!



2.Kalau ada yg kata kamu hodoh/jelek,sabar je.
Kalau ada yg kata kamu bodoh/bingai,biarkan je
kalau ada yg kata kamu dungu,Cool je.
Tp kalau ada yg kata kamu cantik/hensem, Tampar je krn itu FITNAH!

3. Bila kita cantik tak siapa memandang,
bila kita baik tak siapa memuji,
bila kita susah tak siapa menolong,
bila kita jatuh tak siapa mengangkat,
Tapi......... bila kita kentut semua mata memandang mau tendang.

4.Indah Manusia kerana Akhlak
Indah Bulan kerana Cahaya
Indah Cinta kerana Sayang
Indah Benda kerana Hiasan
INDAH WATER KERANA JAMBAN .

5.jika mentari datang memancar terik, biar aku menjadi payung mu,
jika ribut datang melanda, biar aku menjadi pelindung mu,
jika banjir datang mencurah, biar aku menjadi sampan mu,
jika ceti datang meminta hutang, biar aku lari dahulu...

MERSING


Sukaneka Kohatsa

Keseronokan terasa apabila bersama adik beradik.Nostalgia ketika zaman 70an.40 tahun yang lalu............
Pak man teringat keseronokan berombong dan berkumpul sekeluarga pada masa Arwah abah bawa kami ke pantai port Dikson ...bawa kami beramai ramai dan padatkan dalam Kereta.
Zaman berubah...walaupun segala kemudahan telah sedia ada...tetapi nak kumpulkan ahli ahli keluarga seperti mana yang telah dibuat oleh ahli Kohatsa.....tidak semudah seperti yang di jangka.
Kesibukkan bekerja, berniaga,belajar menjadikan kita semua sibok....belaka tak ada masa....


Mendengar Taklimat Penderitaan Palestine @ Godek Resort-Air Papan.

Walaupun tempat riadah tidak berapa sempurna...tapi suasananya ceria.
berkumpul,makan bersama tidor dalam dome ramai ramai...memberi pengajaran
yang hidup ni bukan sentiasa senang....tapi yang pasti semuanya ceria sahaja
no complain.



Makan tengahari @ Dataran Kluang

Keseronokan makan dalam perjalanan bersama keluarga ......suasana yang bukannya selalu dapat dirasai... bagi ahli ahli kohatsa II ..pengalaman makan tepi jalan dalam perjalanan ke suatu destinasi dengan membawa bekal serta kelengkapan sendiri
jarang jarang kita dapat. 30-40 tahun yang lalu...suasana begini kerap Pak Man rasai apabila Arwah Atok emak masak nasi lemak dan segala bekalan makanan masak dari rumah.
kita akan berhenti rehat dalam perjalanan dan makan bekalan yang dibawa. Sesungguhnya suasana itu adalah yang paling indah yang Pak Man rasai....apabila kami sekeluarga berjalan jauh.
Sekarang ni dah ada R&R....dah tak real.....


Dalam BAS Padat 43 penumpang

Walaupun ramai dalam bas...suasana selesa sekali..riang ria/ceria.
Aura mesra apabila bersama sama keluarga.

Monday, February 8, 2010

MERENTAS SABAH





Bermula dari Labuan pada 3/2/2010.
Menaiki NISSAN NAVARA. Perjalanan bermula dengan menaiki Feri dari Labuan ke Manumbok.
Feri menuju ke Manumbok selama 1jam 30 min.
Dari Manumbok terus menuju ke PAPAR ke Keningau.
Dari Keningau ke Nabawan...Ke Kalabakan. Perjalanan dari Manumbok ke Kalabakan (Maliau Basin) memakan masa 5jam. Dari Kalabakan ke Tawau memakan masa 1jam 45min.Sampai di Tawau check in hotel jam 9.00mlm. Perjalanan Dari Manumbok ke Tawau 470km.
4/2/2010 Hari Khamis. Ronda bandar TAWAU. Jam 1.30pm teruskan perjalanan ke SEMPORNA.Dari TAWAU Ke SEMPORNA sejauh 180km.Singgah di pasar SEMPORNA ronda ronda danteruskan perjalanan ke LAHAD DATU. Dari SEMPORNA ke Lahad DATU memakan masa selama 1jam 40 min sejauh 150km. Sampai Di Lahad Datu check in Hotel jam 7.00pm.
5/2/2010 (Jumaat). Ronda bandar Lahad Datu.Singgah Sembahyang Jumaat Di KINABATANGAN. Jam 1.30pm teruskan perjalanan ke Sandakan sejauh 180km. memakan masa 2jam. Singgah di Sandakan makan tengahari ronda ronda sekejap dan teruskan perjalanan ke TELUPID...RANAU ...KUNDASANG...TUARAN...dan ke Kota Kinabalu..Dari Sandakan ke Kota Kinabalu sejauh 370km selama 4jam...singgah di Ranau..
Sampai di Kota Kinabalu dah jam 9.00mlm terus check in hoteldan rehat.
6/2/2010 (Sabtu)Ronda Bandar KOTA KINABALU. Jam 1.30pm teruskan perjalanan ke PUTATAN..singgah di rumah Pak usu Bakar (bapa Saudara Rehana). Lepas makan tengahari teruskan perjalanan ke PAPAR...dan Singgah Di chalet SANG KABOK..bermalam di Sang Kabok......
7/2/2010 (AHAD)..teruskan perjalanan ke Manumbok....dan naik feri ke Labuan...
sampai di Labuan jam 2.00pm....Perjalanan Merentas Sabah sejauh 1465KM......