Tuesday, May 19, 2009

" I QUIT "

KENANGAN KU BERSAMA ABAH-Chp 1
Tajuk: Noraini Md.Top- “I Quit “ Pegawai Tadbir Awam
Rosli Md.Top. – “ I QUIT “- Pegawai Petronas
Salah Satu peristiwa yang masih dalam ingatan bersama Abah
Satu hari dalam tahun 199--.bersama abah di Kampong Solok
Satu pagi abah mengamuk sakan dalam rumah apabila mendapat tahu yang Uda Ani berhenti dari jawatan Pegawai Tadbir Awam. Pada masa tu uda Ani memang berpangkat tinggi dalam Perkhidmatan Awam… Abah sentiasa berbangga dengan Uda Ani..malah seluruh Kampong juga mengetahui yang abah mempunyai anak yang berpangkat tinggi di Pejabat kerajaan.
Abah memang pemurah,.. kalau orang kampong memerlu pertolongan berkenaan urusan kerajaan..maka Abah adalah tempat mereka mengadu. Abah memang confident urusan kerajaan dapat dibantu kerana anak nya berpangkat tinggi dalam kerajaan, terutamanya urusan pencen dan rujukkan anak yang hendak berkhidmat dalam jabatan kerajaan.
Tapi pada pagi itu…abah memang marah…Emak pun tak semena mena kena leter sebab uda berhenti.
“Belajar dan sekolah tinggi tinggi,bertahun tahun…senang je nak berhenti…dah hilang akal agaknya Ani tu” itu lah kata kata Abah….emak cuba menyampuk..” dia tau le apa dia buat..yang abah ngkau nak marah ni apahal…”..dan mulalah babak drama bertukar tukar ayat… lepas tu Abah terus keluar…lintang pukang kerusi dan bangku di buatnya///marah sebab emak tak menyokongnya..
Tapi…saya sendiri sampai sekarang pun tak dapat lagi jawapan….kenapa Uda berhenti setelah menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan,
Yang peliknya bila Hj.Rosli berhenti dari Petronas, Abah tidak seberapa marah seperti marahnya apabila Uda berhenti….
Diantara Uda Ani dan Hj. Rosli , saya tak berapa ingat siapa yang “Quit” dulu….
Soalan Cepumas pertama………..Uda kena beri jawapan yang bernilai million $$$
Soalan Cepumas kedua……Hj. Rosli kena beri jawapan,sebab apa dia berhenti…kerana nak berniaga
Kerana saya masih ingat…Hj.Rosli terima gaji pertamanya…balek ke kampong…dengan bangga menghulur duit kepada Emak dan membeli barang barang…berbelanja sakan….serta membuat longkang keliling rumah….Longkang pun dia buat sendiri…betapa semangatnya Hj.Rosli ketika tu
Tapi selepas tu dengar berita Hj.Rosli …”QUIT”
Abah tak seberapa terasa sangat…tapi Emak menangis….
Peristiwa tu berlaku 30 tahun dahulu….tak berapa nak ingat

Monday, May 18, 2009

ASHRAF ROSLI-BERTUNANG







Majlis pertunangan Mohd.Ashrsf Hj.Rosli telah diadakan pada hari Sabtu 9/5/09
Bakal mertua Mohd.Ashrar berasal dari Rembau Negeri Sembilan.
Majlis berlangsung dengan selamat. Tarikh persandingan pun telah ditetapkan
Turut meraikan majlis tersebut ..kedua dua belah keluarga Hj.RMT dan Keluarga Kak Arbaayah


Yang menariknya….bakal Pak mertua Mohd Ashfar ada projek pelihara Kambing Bor dan Janapari.
Pada asalnya hanya 30 ekor dan di tambah lagi 60 ekor… Dalam jangka masa 2 tahun telah membiak sebanyak 600 ekor…lumayan
Tahi kambing ,susu kambing, kulit kambing dan kambing kambing boleh di jual.
Cara pemeliharaan amat mudah sekali tapi perlu sistematik. Reban kambing pun tak kotor
Kambing kambing pun semua bersih.
Mohd Ashraf…..kenduri kahwin awak nanti …makan kambing ……banyak lah kambing kena korban
Tahniah Mohd. Ashraf, Pak Man doakan selamat maju jaya dan jodoh berkekalan hingga akhir hayat.

Saturday, May 16, 2009

SPAIN-----SEPANYOL





Syukur Alhamdulillah.
Tahniah buat Shrudin Shamil dapat peluang belajar di Spain.
Abah berasa amat Bangga..sehingga tidak menunjukkan kegembiraan.
Tapi itu baru permulaan...banyak lagi dugaan akan kau tempuhi bila belajar disana..
Ingat tanggongjawab dan jangan tinggal sembahyang lima waktu sehari...FORMULA untuk berjaya dalam hidup.
Walau macamana senang/susah pun sembahyang akan membantu kita ke jalan yang lurus.
Selamat maju Jaya buat shamil....tidak menghampakan...
selalu nya dengar anak anak Hj.Mustapha, Hj.Rosli,Hj.Kamardin....dapat peluang ke luar negeri belajar...Doa Abah di makbulkan ...ALHAMDULLILLAH

HARTA DUNIA YANG TIDAK DIMILIKI

1986- Sebuah Rumah Bunglow 3 bilik Di Meru Kelang- tidak dimiliki-tergadai
1994- Rumah kedai Jalan Solok, renovate kedai Aja - Hj Razak berniaga terkini
1995- Rumah Bunglow 2 tingkat di Anjong Batu Tankak- Tanah dibeli drp Ngah Tipah
1997- Bangunan 4 tingkat di Anjong Batu Tangkak-Tapak tanah milik Ngah Tipah
2001- Bunglow 3 tingkat di bawah kaki Gunung Ledang- tanah tol bergeran
2002- Tanah 5 ekar tepi Lebuhraya Selatan @ Tangkak- Tergadai
2003- Tanah 22 ekar di kaki Gunung Ledang-Tanah tol bergeran
2003- Tanah 298 ekar di Sarawak-native title atas nama Hj.Wasli Othman- Tergadai
2008- Rumah/Chalet 3 unit di Manumbok Sabah- native land kaveat
2008- Tanah 3.7 ac-tanah kaveat atas nama Soufyan

Ingat- kejarlah seberapa banyak pun harta dunia ...tapi kau tidak akan memilikinya.."Dunia in adalah tempat tumpangan sementara sahaja..akhirat jualah tempat yang kekal selama lamanya" kita boleh dengar ayat ini setiap kali dlm khutbah Jumaat.

Sunday, May 10, 2009

Azman Top -1985 to 2009-Perjalanan Hidup Selepas Berumah Tangga

Tahun 1985- usia 25 Tahun..Bernikah dengan Rehana Ab.Karim
Tinggal di Flat PKNS shah Alam Sek 8 ..1 tahun..
Tahun 1986-1987. Bina sebuah rumah di Meru Kelang.. rumah Bunglow 3 bilik di tanah
milik RM Top...
Tahun 1987 di paksa berpindah dari Rumah di Meru Kelang ..kerana tanah tersebut telah tergadai ...oleh pihak Bank
1988 tinggal di Jasin selama 4 bulan.. rumah murah Bapa Mertua. Rumah tersebut telah di ubah suai selepas itu..
1988 berpindah ke Tangkak menyewa rumah / pondok di Anjung Batu..sewa RM50.00 sebulan
1989 baik pulih kedai Gas syarikat Aja...Tempat tinggal/Kedai di Kg.solok
1990 Bantu Abah -syarikat Aja-Gas Dealer
1992 Bekerja Di sebuah syarikat TUSSAH S/B..introduce by Hj. RMT
1993 Abah meninggal tanpa sempat aku berbakti dan memberi kemewahan hasil titik peluh ku
Aku bersyukur dapat bersama sama abah sehingga akhir hayat nya
Awal 1993 First project Kerjaya Balfour Betty di Pergau Kelantan. Combination of my experience in TUSSAH and Hj. RMT hard working and planning. RM top secure manpower in Kelantan Hydro project.Berkat doa arwah Abah yang sentiasa hendak anak anak berjaya
Aku sekeluarga berpindah ke kelantan. Menyewa Bunglow Besar di Tanah Merah RM1000 sebulan.Pada masa tu ada juga pasang niat hendak membina rumah sebesar itu nanti...Alhamdullilah impian dan permintaan dikabulkan Allah....
Aku tinggal di kelantan selama 16 bulan hingga tahun 1994. pada masa tu aku dah mempunyai 4 orang cahaya mata. soufyan, Shiela, Shafiq dan Shamil.Shameela lahir di solok pada tahun yang sama..
1994 pulang semula ke Tangkak ..baik pulih rumah di tepi sungai solok.
Tinggal di Tangkak bekerja di kuala lumpur...berulang alik 5 x seminggu.Pada masa tu pembinaan Bunglow yang aku impikan dalam proses pembinaan..
Pada tahun 1994 RM Top dapat projek di KLCC.Site service contractor.
1995 pada 14hb. April aku berpindah di rumah bunglow atas bukit Anjong Batu ...pada tarikh lahir aku yang ke 35.Pencapaian aku pada masa berumur 35 tahun merupakan yang terbaik...
1995 Shahid pun dilahirkan di rumah bunglow dua minggu selepas berpindah .
1996. Project KLCC
1997- 1998. Project Putra Jaya
1999-2001. Project Gas pipeline Loop2
2000-2002. Project MLNG3 Bintulu sarawak
2003. Trans Thai Gas pipeline. tahun yang malang..berselisih faham dgn Hj.KMT
2004. Mencari peluang di Qatar bersama Zecon Berhad..Gagal. kena kencing
2005. Mencari peluang di China....Gagal..kena tipu sebab tak pandai berbahasa Mandarin
2005. Mencari peluang di Saudi...Project Gagal..tapi tinggal diJeddah selama 2bulan
dan dapat mengerjakan umrah setiap minggu
2006-2008. Project Mega Methanol Labuan.
2009. SSGP Sabah Sarawak Gas pipeline
Very interesting Journey, achievement, failure.......

Kalau ada masa menulis, banyak lagi cerita dan pengalaman pada tahun tahun tersebut.
Untuk perhatian anak anak dan anak anak saudara .banyak pengalaman yang telah Abah/Pak Man ditempuhi....
Ingat....sejauh mana pun kita pergi....kita akan berbalik pada asal...cuma pengalaman bertambah usia semakin tua...jangan sia siakan. "Jauh perjalanan Luas Pandangan"
Ingat..."Yang di kejar tak dapat...yang di kendong Keciciran"
Ingat ," waktu kita senang sebelum kita susah"
Ingat, "waktu Sehat sebelum kita sakit"
Ingat, "waktu hidup sebelum kita mati"
Ingat, "waktu Lapang sebelum waktu sempit"
Ingat, " waktu kita Muda sebelum kita tua"

Mohon maaf kepada semua pada kesalahan kesalahan yang telah berlaku samada secara sengaja atau tidak sengaja, samada sedar atau tidak sedar...
MAAFKAN LAH SAYA.......

ikhlas
Azman Md.Top

will continue....soon

Bunglow @ mount Ledang



Cerita sedih berlaku pada 3/5/2009. Gen set telah dipecah oleh individu yang tak bertangong jawab.Wayar eletrik dalam rumah telah di curi..lampu lampu dipecahkan.
Rumah banglow tersebut telah di bina pada awal tahun 2000. Siap dibina pada akhir tahun 2003.sejak itu rumah tersebut di gunakan hanya beberapa kali sahaja..riadah.
Kini telah hampir 5 tahun rumah tersebut tinggal ..tiada penghuni...menjadi sasaran penyamun dan pencuri kerap kali..
Saya ingin mencadangkan kepada keluarga terdekat untuk di usahakan tempat tersebut menjadi tempat pelihara Kambing Lembu serta tanaman kontan...fikir fikir kan lah bersama untuk menfaatkan tempat tersebut serta tanah yang seluas 20 ekar untuk dikomersialkan.

Monday, March 16, 2009

THE CHALET IS READY




After a hard days work.....Finally it is done.
Members of my family....
I leave it to all of you after I have gone...
Sang Kabok means a lot to me...
3 years in Labuan in 2006 , 2007 and 2008
I have Saladin Sayid....
I have Sang Kabok Chalet
Menantu pun dapt di Labuan
Alhamdullillah..dgn izin Allah