Saturday, November 14, 2009

WARONG ANDAK RAZAK-SOLOK



Kerja ubah suai warong Andak bermula pada 10/10/09.
HJ.KMT (Anjang) telah bermurah hati menderma RM5000.00
HJ.Rosli (Alang) telah bermurah hati menderma RM5000.00
Jumlah RM10,000.00 telah diterima dan anggaran itu di jangka cukup
tapi...budget yang dicadangkan ..meleset jauh lebih dari jangkaan
Kos selebihnya di biaya oleh Azmantop, InsyAllah.
Kalau ada sesiapa nak bantu membiaya ...di persilakan
untuk membina semula Warong Andak...yang telah di runtuhkan
bagi memberi laluan kerja kerja ubah suai Parit besar sepanjang
laluan tepi sungai.
Dibawah ini kos terperinci bagi bina semula Warong Andak....(bekas Tapak rumah
Azmantop dan bekas Tapak Kedai Gas syarikat AJA)


WARONG ANDAK RAZAK TOTAL AMOUNT
BALANCE






1 BARANG HARDWARE 900.00 cash







2 BARANG HARDWARE 1,500.00 cek







3 UPAH NASIR 500.00 cash







4 UPAH NASIR 1,000.00 fr Hairiah







5 UPAH NASIR 1,000.00 cash







6 BARANG ELEKTRIK 350.00 cash







7 BARANG ELEKTRIK 150.00 cash







8 KIPAS 4 sets 0.00 fr AMTOP







9 BARANG HADWARE 800.00 cash







10 BARANG HARDWARE 921.00 cek







11 MEJA S/STEEL- 3set 0.00 fr AMTOP







12 ADVANCE ANDAK 450.00 cash







13 CEMENT CONCRIT 1,210.00 cash







14 UPAH ELEKTRIK 600.00 cash







15 BALAI BESI 25' x 25' 4,800.00 bal. 1,800.00






16 UPAH NASIR & gang 1,500.00 belum byr 1,500.00






17 TANAH MERAH 480.00 belum byr 480.00






18 MEJA & KERUSI 1,800.00 belum byr







19 PINTU KAYU ?? belum beli







20 PINTU BESI ?? belum beli







21 TILES ?? belum beli







22 CAT ?? belum beli








TOTAL 17,961.00 0.00 3,780.00






































































































































































































































































































































Sunday, November 1, 2009

ATOK ,NENEK DAN CUCU


Bersama Cucu pertama sempena majlis doa selamat.
Seif Eizzani berusia 4 bulan. 2 bulan berada dalam inkubator
dalam "ICU" hospital muar. kami mendoakan Seif Eizzani
sihat sepanjang hayat dan menjadi waris yang akan membawa
kebahagian di dunia dan akhirat

Friday, October 16, 2009

HARI RAYA 1430H tahun 2009


Hari Raya tahun ini gambar keluarga dah bertambah 2 orang..
SEIF EIZZANI dan EFFALIN hadir dalam keluarga Azmantop.
Raya tahun 2009 bersamaan 1430 hijra terasa sunyi...
Ramai ahli keluarga berada di Tanah suci mekah...
Abang Nordin dah kembali ke rahmatullah..Kami berdoa Arwah abang berada di tempat golongan orang beriman bersama roh abah dan emak dan saudara saudara yan telah mendahului kita. 'ALFATIHAH'.
Ngah Tipah berada di tanah suci Mekah bersama suami.
Uda Aini berada di tanah suci Mekah bersama suami
Andak Razak ada di Tangkak dan beraya bersama keluarga
Uteh Tapa berada di Mekah sendirian..selama sebulan dan menyambut hari lahir ke 58 di tanah suci Mekah.
Alang Rosli...Ramadan ini tidak Ke Mekah..tapi bercadang mengerjakan Haji pada musim ini bersama isteri dan anaknya 'Angah'
Hj.Kamardin berada di Mekah .bersama Ngah Uda dan lain-lain...Hj. KMT ni kalau pergi ke Mekah macam dari KL ke TGK..boleh ulang Alik...Allah murahkan rezkinya... Hj.KMT lah yang menjadi penaja adik beradik untuk ke Mekah. syukur alhamdullilah rezki beliau bertambah murah.Kami doakan agar usaha murni beliau berlanjutan...dapat juga kami menumpang nanti.
Aja..pada tahun ini berhari raya di Umbai Melaka bersama keluarga. Kami doakan Aja berjaya dalam usaha beliau. Kami akan membantu apa yang terdaya...
Md.Khir beraya di KL/Batu Pahat bersama keluarga. berkat usaha gigih beliau,,,Nasi Arab telah menjadi sumber perniagaan beliau. Kami mendoakan agar beliau terus berjaya.
Norlida...beraya di Muar/Batu Pahat...Suami nya tokey Umrah/Haji..service provider..tiap tiap tahun pergi ke Mekah...betapa beruntungnya beliau.Berkat usaha gigih suami Isteri..Allah permudahkan segala usaha mereka.
Hisham..beraya di TGK...Adik bongsu..sentiasa membantu segala kerja beliau.Bertuahnya Hisham adik Bongsu amat mengambil berat terhadap beliau dan keluarga.
Hairiah...yang bongsu...beraya di Mekah bersama suami. Tahun ini mereka tak balek Kelantan.
Terima kasih kepada adik bongsu ini yang amat ringan ..membantu..Allah sahaja dapat membalas segala usaha nya..dimurahkan rezeki, selamat dunia dan Akhirat.
Kepada Abang,Kakak, Adik, Ipar-duai...Saya Azman Md.Top...no 10 mengucapkan selamat hari raya dan maaf segala kesalahan halalkan makan minum dan memohon ampun segala tuturkata serta perbuatan yang salah/tidak disedari yang menyentuh perasaan.

MY SLEEPING BEAUTY


Pada 02/10/2009. Berlaku Kemalangan melibatkan Rehana dan Saladin Sayid di KM187 lebuhraya Utara Selatan. Bersyukur kerana mereka tak mengalami kecederaan serious.
Kemalangan berlaku disebabkan kecuaian sendiri....
Apabila Kereta memandu secara auto...(pemandu Mengantuk)...kereta tu pun suka hati ..lah..pandu terus langgar sesuka hati...apa yang ada di hadapan...
Sebuah Van toyota Hiace yang rosak berhenti di lorong kecemasan menjadi target 'Run away" Oddesey yang jalan tanpa pemandu...(pemandu /terlena/tidor berbantalkan stering kereta)
Van Toyota Hiace yang menjadi mangsa tu lesap terbalik masuk dalam parit tepi Highway....
Kami sekeluarga bersyukur semuanya selamat..biar ianya menjadi ingatan kepada semua..
Jangan TIDOR semasa memandu....
Jika mengantuk, berhenti berehat...biarpun 5 minit...kerana berhenti berehat dan lelap lima minit je ... lepas tu kita boleh pandu...sejauh 50KM lagi...
Kalau mengantuk ..dan tak nak berhenti berehat...inilah jadinya.....

Sunday, June 14, 2009

ANUGERAH -Dato' ship



Dato', Datok, Datu, Atok....










Pada tarikh 10/6/2009 Hj. Azman Md.Top telah di anugerah pangkat Dato'


Anugerah in di sampaikan kepada Azman ketika beliau berada di Labuan.


tiada aturcara rasmi bagi penerimaan anugerah ini.


Sekarang beliau di kenali sebagai Dato' Hj. Azman Hj. Md.Top. pingat -Tgk, Lbn


Anugerah ini telah di perkenankan oleh SEIF EIZZANI (Rusia) dan disampaikan kepada beliau


melalui telepon bimbit dan sms

Saturday, May 23, 2009

TOP-TEN


Tajuk: AKU NOMBOR 10












Pemandangan waktu senja-matahari terbenam

1960- On April, 14th.-Azmantop was born , no. 10th in the family
1961- 1969- Tinggal di Batu 8,Sg.Mati, Muar
1966- Pra sekolah di Sagil Kampong tempat abah Mengajar
1967- Sekolah kebangsaan Abdullah, Sg. Mati
1969- berpindah ke Kg.solok Tangkak- sekolah Rendah Ledang Tangkak
1970- Darjah 4.sek rendah Ledang
1971-Darjah 5. Sek rendah Ledang
1972- Darjah 6. Sek.rendah Ledang
Kerja sambilan dengan Hj. Razak warong di JB
Kerja sambilan dengan Hj. Razak warong di KL
1973- Tingkatan 1 Sekolah Menengah Ledang Tangkak
1974- Tingkatan 2 sekolah Menengah Ledang Tangkak
1975- LCE. Sekolah Menengah Ledang, Tangkak
1976 - Tingkatan 4,sekolah Asrama Setapak KL, bertahan Cuma satu minggu
1976- Sekolah Menengah Sultan Abd.Samad Petaling Jaya tinggal bersama Hj.Mustapha
1977- Sekolah yang sama,masih bersama Hj.Mustapha, makan ,pakai dan belanja dibiaya oleh MMT
1978-MCE di sekolah sultan Abd.samad
Kerja sambilan bersama Hj.Razak warong di JB
1979- Sekolah di Maktab Adabi Muar tingkatan enam- di biayai oleh RMT
1980- HSC di maktab Adabi Muar
Kerja sambilan bersama Hj.Razak bawa kereta sapu di pasir gudang Johor
1980- Ke Kuching Sarawak masuk ITM- di biayai oleh NMT
1981- ITM Kuching Sarawak
1982- ITM Shah Alam , Selangor. Dip. Business Studies
Kerja sambilan dengan Syarikat Perniagaan RM.TOP di Batu 3 Jln Kelang
1983- Bekerja dengan Syarikat Perniagaan RM.TOP sdn. Bhd
Petronas Product , Gas Lubricant,Diesel di Kelang Selangor
1984- Syarikat Perniagaan RM.TOP sdn bhd berpindah ke Shah Alam
National Product di kompleks Shah Alam Selangor
Projek Bangunan 5 tingkat FELDA Temerloh, Pahang
AP import permit kereta/motosikal
Contractor to Petronas building Petrol station
Fuel Skid Tank , Gas reticulation plant
1985- Syarikat Perniagaan RM.TOP…..berkahwin pada tahun ini
1985- satu bulan selepas berkahwin aku di hantap ke Jepun
Kursus di Jepun 3 bulan-‘ GAS VAPOURISER SYSTEM’
1986- down fall of Syarikat Perniagaan RM.TOP for 2 years…masing masing berpecah
Projek petrol Station di Sepang terbengkalai
HJ.MMT teruskan business Gas dan business Insuran AIA
HJ.KMT join friend company become contractor to SHELL build petrol station
HJ.RMT join other company set new venture
HJ.AMT balek kampong Tangkak …bawa diri
1987 – tolong Abah di kampong
1988-Kerja dgn TUSSAH
1993 – masing masing bawa haluan dan mencari rezeki sendiri
1993 – Selepas Abah meninggal dunia….kami bersatu kembali .. dengan RM.TOP Holdins sdn bhd
1993- Projek Hydro Pergau . Masa tu … Hj. RMT bersama HJ.AMT sahaja….masa itu.HJ.KMT membantu..
HJ.MMT Berjaya dalam kerjaya sebagai Insurance Agent
HJ. KMT Berjaya dalam projek dengan SHELL
Hj.HMT juga Berjaya mengikuti HJ.MMT dalam kerjaya Insuran Agent
1995- HJ.KMT & HJ.MMT kembali ke dalam RM.TOP Holdings sdn.Bhd dlm projek Golf Kelab perkhidmatan awam
1996- Projek KLCC - Ke German kursus HDD horizontal Direction Drilling 2 bulan
1998- projek Putra Jaya
1999- Founder RM.TOP Holdings left the company……soalan ini kena Tanya Hj.Rosli..why he left ..?
1999-Projek cleaning Twin Tower, handle by HJ.AMT & HJ.KMT
1999- HJ.MMT ‘Quit’ as insuran agent and join RM.TOP holdings..late Hj.HMT also ‘quit’ as insurance agent and join RM.Top Holdings.
1999-2002- RM.TOP Holdings secure project , Biomass & District cooling @ Putra Jaya, Petronas Loop 2, MLNG 3, TNB vendor
2003- Trans Thai Gas Pipe line-JV with Thai partner
2004- HJ.AMT left RM.TOP Holdings… HJ.KMT buy me out….
2004- Thai partner bought over my share in Thai- cheated me part of the payment RM80K.’may god blast them’
2005- AMT balek kampong ---rest for 1 year
2006- Martelpoint appear- Hj.Ibrahim Saiman & his SOB came to my house late night asking me to develop Martelpoint
2006- Secure project Methanol Labuan.
2007- Martelpoint cheated me…SOB withdraw me from cheque signatory and run with RM300K plus collection in project in Segamat & Kuantan. My partner manage to get back the capital amounting RM900K…Balance of RM100K …I have to pay…’may god blast them’
2007- Puncak Langit was incorporated in Labuan… mission is for my next generation to continue my businesss…..I m getting tired and getting older …. macam gambar diatas..dah senja
2008- Petronas Methanol Plant project
2009- still pushing up Puncak Langit to the sky……………….climax

Wednesday, May 20, 2009

WANABE BUSINESSMAN



KENANGAN KU BERSAMA ABAH-Chp 2
Tajuk: Keluarga Ku-Ahli Perniagaan

Salah satu peristiwa yang masih dalam ingatan bersama Abah
Abah dan emak adalah seorang Pioneer yang memulakan perniagaan dalam keluarga kita
Masa aku belum lahir lagi ,Abah & Emak telah aktif dalam dunia perniagaan…
Yang aku ingat……
Pada tahun 1970an aku masih sekolah rendah lagi…aku masih ingat membantu emak menumbuk beras untuk tepong kuih putu piring, emak membuat kuih sebelum subuh lagi dan aku menghantar di gerai gerai makan di tangkak. Abah juga membantu membawa kuih untuk di jual di sekolah .
Masa tu abah mengajar di sekolah kebangsaan sagil Kampong.Keadaan ekonomi abah pada masa itu tak seberapa baik. Anak anak masih ramai bersekolah dan ada yang masih belajar di university tempatan.
Tapi aku tak faham , kenapa pada tahun tu…ekonomi abah begitu merosot dan menurun sekali…
Sebelum berpindah Ke Tangkak…abah mempunyai kereta dan boleh dikatakan mewah masa tu
Sejak berpindah ke Tangkak….abah tak semewah dulu……
Soalan ni aku nak Tanya Ngah Tipah…..
Lama juga abah susah…tak berkereta……masa tu Ngah Tipah ada kereta Peugeot…
Pada masa itu aku ingat abah berbasikal pergi mengajar di sagil sambil membawa bakul kuih di handle basikal.
Abah juga membantu emak menjual kuih putu piring di pasar malam Tangkak
Abah juga menjual jagong rebus di pasar pasar malam seluruh kawasan tangkak hingga ke bukit serampang, bukit gambir dan lain lain tempat lagi. Apabila abah dah tak berminat untuk jual jagong rebus lagi, jiran sebelah rumah mengambil alih dan meneruskan kerjaya tersebut
Sehingga hari ini jualan jagong rebus diambil alih oleh jiran abah..Hj.Kassim dan anak anaknya dan masih berterusan
Abah juga membantu Aja menjadi pengedar dan Agent Petronas- Gas dan minyak tanah di tangkak
Abah tidak aktif berniaga pada akhir akhir tahun 1990an kerana pada masa tu ramai anak anaknya telah berkecimpong dalam dunia perniagaan.
Hj.Rosli berhenti dari Petronas-Berniaga
Hj.Kamardin berhenti dari MMC-Berniaga
Hj.Mustapha berhenti dari Kilang Jepun Matsushita-Berniaga
Hj. Nordin kerani sekolah berhenti sukarela-Bekerja sambil Berniaga
Hjh.Nortipah-Guru sekolah Agama - semasa kecil membantu Abah & Emak berniaga
Hjh Noraini memang minat dalam perniagaan
Hj. Razak dah memang dari asal berniaga
Hj. Ghazali berniaga
Hj.Hairuddin berhenti dari Bank-Berniaga
Hj. Azman –berniaga mengikuti jejak abang abang
Hjh.Norlida seorang pendidik ..tapi suaminya ahli perniagaan
Hishamuddin membantu abang abang dalam perniagaan
Hjh.Hairiah pegawai Telekom minat dalam perniagaan-Kerja sambil berniaga ??
“BUSINESS”….. sebati & trade mark Keluarga MD.Top
Sikap ..’Daring’…dan berani..sikap pemimpin.menjadi ketua itu adalah ciri ciri keturunan kita
Panas baran…degil…tegas..tak toleh belakang….bakar jambatan…terus maju kehadapan..
Sikap dan ‘culture’ atau budaya hidup keluarga kita lebih mendorong kita semua berminat berniaga…?
Saya nak syorkan anak anak & anak saudara membuat kajian atau thesis dalam
Mengenali keluarga MD.Top Daik….dan asal usul keturunan daripada bangsa Bugis….ahli perniagaan…
Cari formula bagaimana nak Berjaya dalam perniagaan….ini amat penting bagi pelapis pelapis baru yang minat hendak berniaga….Jangan setakat berniaga saja.. ’tak berapa menjadi’….tapi berniaga sehingga Berjaya. Contoh Berjaya macam Hj.Rosli Md.Top.Kesusahan dan kepayahan serta cemuhan..pada awal…pada akhir menjadi kesenangan dan sumber inspirasi untuk yang lain….

‘Jangan murah ke papa…keramat tak jadi’
Fikir fikir kan lah…
Ikhlas dari : azmantop