Saturday, January 2, 2010

TWENTY-TEN 2010

Selamat datang tahun 2010.
Azam aku pada tahun 2010 ini adalah....
nak yang terbaik belaka....
dah letih.. buat kerja kuat tapi tak smart..hasilnya tak seberapa..
hasil usaha selama beberapa tahun yang gemilang macam telah
rapuh..punah..bagaikan dimakan anai anai.

macamana nak menghindarkan anai anai memakan meratah segala
hasil mahsul..yang telah aku bina selama ini..??

kena lah aku balik kepangkal jalan.... belajar, menuntut , mengaji dan dapatkan seorang guru
untuk aku belajar..kat mana silapnya.

Aku telah bertekad...dan telah memberi masa pada diri aku selama 5 tahun yang akan datang ini untuk aku bentuk semula...dan membetulkan segala kesilapan... Aku rasa masih belum terlambat...aku baru (atau sudah) berusia 50 tahun pada 2010.......aku nombor 10

Aku perlukan mentor....sifu...tok guru.....??/??

Sunday, November 15, 2009

NOSTALGIA-MERU

BELOVED/ HANDSOME CUCU



ANAK KE 7 & TANAH @ SABAH



BUNGLOW @ KAKI Gunung LEDANG




TANAH @ MERU

23 tahun yang lalu... 1987..Meru cuma sebuah pekan terpencil
Sekarang Meru telah membangun pesat..menjadi bandar besar.
23 tahun yang lalu aku ada membina sebuah rumah di Jalan salleh
Rumah sederhana 3 bilik...
Pada 06/11/09 yang lalu aku dapat singgah di tempat yang dah 23 tahun
aku tinggalkan...segala galanya berubah..malah rumah yang aku bina pun dah diruntuhkan
bagi memberi laluan pembinaan rumah teres.
Andaikata 23 tahun yang lalu aku masih tinggal di Meru....apakah hasilnya sekarang...
Mungkin...dan mungkin....dan sebarang kemungkinan
Itulah kuasa Allah swt.
Kita cuma merancang...Allah sahaja yang menentukan.
Di takdirkan aku keluar dari Meru pada tahun 1989...maka terhasillah
apa yang aku ada/ berada /takada sekarang ni...Syukur Alhamdullilah..

Saturday, November 14, 2009

WARONG ANDAK RAZAK-SOLOK



Kerja ubah suai warong Andak bermula pada 10/10/09.
HJ.KMT (Anjang) telah bermurah hati menderma RM5000.00
HJ.Rosli (Alang) telah bermurah hati menderma RM5000.00
Jumlah RM10,000.00 telah diterima dan anggaran itu di jangka cukup
tapi...budget yang dicadangkan ..meleset jauh lebih dari jangkaan
Kos selebihnya di biaya oleh Azmantop, InsyAllah.
Kalau ada sesiapa nak bantu membiaya ...di persilakan
untuk membina semula Warong Andak...yang telah di runtuhkan
bagi memberi laluan kerja kerja ubah suai Parit besar sepanjang
laluan tepi sungai.
Dibawah ini kos terperinci bagi bina semula Warong Andak....(bekas Tapak rumah
Azmantop dan bekas Tapak Kedai Gas syarikat AJA)


WARONG ANDAK RAZAK TOTAL AMOUNT
BALANCE






1 BARANG HARDWARE 900.00 cash







2 BARANG HARDWARE 1,500.00 cek







3 UPAH NASIR 500.00 cash







4 UPAH NASIR 1,000.00 fr Hairiah







5 UPAH NASIR 1,000.00 cash







6 BARANG ELEKTRIK 350.00 cash







7 BARANG ELEKTRIK 150.00 cash







8 KIPAS 4 sets 0.00 fr AMTOP







9 BARANG HADWARE 800.00 cash







10 BARANG HARDWARE 921.00 cek







11 MEJA S/STEEL- 3set 0.00 fr AMTOP







12 ADVANCE ANDAK 450.00 cash







13 CEMENT CONCRIT 1,210.00 cash







14 UPAH ELEKTRIK 600.00 cash







15 BALAI BESI 25' x 25' 4,800.00 bal. 1,800.00






16 UPAH NASIR & gang 1,500.00 belum byr 1,500.00






17 TANAH MERAH 480.00 belum byr 480.00






18 MEJA & KERUSI 1,800.00 belum byr







19 PINTU KAYU ?? belum beli







20 PINTU BESI ?? belum beli







21 TILES ?? belum beli







22 CAT ?? belum beli








TOTAL 17,961.00 0.00 3,780.00






































































































































































































































































































































Sunday, November 1, 2009

ATOK ,NENEK DAN CUCU


Bersama Cucu pertama sempena majlis doa selamat.
Seif Eizzani berusia 4 bulan. 2 bulan berada dalam inkubator
dalam "ICU" hospital muar. kami mendoakan Seif Eizzani
sihat sepanjang hayat dan menjadi waris yang akan membawa
kebahagian di dunia dan akhirat

Friday, October 16, 2009

HARI RAYA 1430H tahun 2009


Hari Raya tahun ini gambar keluarga dah bertambah 2 orang..
SEIF EIZZANI dan EFFALIN hadir dalam keluarga Azmantop.
Raya tahun 2009 bersamaan 1430 hijra terasa sunyi...
Ramai ahli keluarga berada di Tanah suci mekah...
Abang Nordin dah kembali ke rahmatullah..Kami berdoa Arwah abang berada di tempat golongan orang beriman bersama roh abah dan emak dan saudara saudara yan telah mendahului kita. 'ALFATIHAH'.
Ngah Tipah berada di tanah suci Mekah bersama suami.
Uda Aini berada di tanah suci Mekah bersama suami
Andak Razak ada di Tangkak dan beraya bersama keluarga
Uteh Tapa berada di Mekah sendirian..selama sebulan dan menyambut hari lahir ke 58 di tanah suci Mekah.
Alang Rosli...Ramadan ini tidak Ke Mekah..tapi bercadang mengerjakan Haji pada musim ini bersama isteri dan anaknya 'Angah'
Hj.Kamardin berada di Mekah .bersama Ngah Uda dan lain-lain...Hj. KMT ni kalau pergi ke Mekah macam dari KL ke TGK..boleh ulang Alik...Allah murahkan rezkinya... Hj.KMT lah yang menjadi penaja adik beradik untuk ke Mekah. syukur alhamdullilah rezki beliau bertambah murah.Kami doakan agar usaha murni beliau berlanjutan...dapat juga kami menumpang nanti.
Aja..pada tahun ini berhari raya di Umbai Melaka bersama keluarga. Kami doakan Aja berjaya dalam usaha beliau. Kami akan membantu apa yang terdaya...
Md.Khir beraya di KL/Batu Pahat bersama keluarga. berkat usaha gigih beliau,,,Nasi Arab telah menjadi sumber perniagaan beliau. Kami mendoakan agar beliau terus berjaya.
Norlida...beraya di Muar/Batu Pahat...Suami nya tokey Umrah/Haji..service provider..tiap tiap tahun pergi ke Mekah...betapa beruntungnya beliau.Berkat usaha gigih suami Isteri..Allah permudahkan segala usaha mereka.
Hisham..beraya di TGK...Adik bongsu..sentiasa membantu segala kerja beliau.Bertuahnya Hisham adik Bongsu amat mengambil berat terhadap beliau dan keluarga.
Hairiah...yang bongsu...beraya di Mekah bersama suami. Tahun ini mereka tak balek Kelantan.
Terima kasih kepada adik bongsu ini yang amat ringan ..membantu..Allah sahaja dapat membalas segala usaha nya..dimurahkan rezeki, selamat dunia dan Akhirat.
Kepada Abang,Kakak, Adik, Ipar-duai...Saya Azman Md.Top...no 10 mengucapkan selamat hari raya dan maaf segala kesalahan halalkan makan minum dan memohon ampun segala tuturkata serta perbuatan yang salah/tidak disedari yang menyentuh perasaan.

MY SLEEPING BEAUTY


Pada 02/10/2009. Berlaku Kemalangan melibatkan Rehana dan Saladin Sayid di KM187 lebuhraya Utara Selatan. Bersyukur kerana mereka tak mengalami kecederaan serious.
Kemalangan berlaku disebabkan kecuaian sendiri....
Apabila Kereta memandu secara auto...(pemandu Mengantuk)...kereta tu pun suka hati ..lah..pandu terus langgar sesuka hati...apa yang ada di hadapan...
Sebuah Van toyota Hiace yang rosak berhenti di lorong kecemasan menjadi target 'Run away" Oddesey yang jalan tanpa pemandu...(pemandu /terlena/tidor berbantalkan stering kereta)
Van Toyota Hiace yang menjadi mangsa tu lesap terbalik masuk dalam parit tepi Highway....
Kami sekeluarga bersyukur semuanya selamat..biar ianya menjadi ingatan kepada semua..
Jangan TIDOR semasa memandu....
Jika mengantuk, berhenti berehat...biarpun 5 minit...kerana berhenti berehat dan lelap lima minit je ... lepas tu kita boleh pandu...sejauh 50KM lagi...
Kalau mengantuk ..dan tak nak berhenti berehat...inilah jadinya.....