Friday, September 10, 2010

HARI RAYA 2010- 1431 Hijrah

Bersama Keluarga






Tahun 2010 Berhari Raya bersama keluarga yang ada.
Tahun ini Uda Aini & Suami
Hairiah & Suami
Rosli & Isteri
Kamardin & Isteri
Mereka berhari Raya di Mekah.

Rumah terbuka keluarga Hj. Md Top Hj. Daik akan
diadakan di rumah Hjh Nortipah di Kg.Solok
pada 16hb.Sept, 2010 hari Khamis bersamaan hari terbentuknya Malaysia.
Di jemput semua hadir memeriahkan majlis disamping mengeratkan silaturahim.

Thursday, September 9, 2010

HARI RAYA AIDIL FITRI 1431 hijrah- '2010'

"SELAMAT HARI RAYA"
Berhati hati di jalan raya




Selamat Menyambut Hari Raya Aidil fitri
"Maaf di pinta jika ada perbuatan dan percakapan yang menyinggung perasaan"
Mari lah menuju kejayaan, kepada Allah sahaja kita menaruh harapan.
Mohon ampun dan maaf kepada Allah s.w.t atas segala kesilapan mudah mudahan Allah permudahkan segala urusan.
Salam Hormat dan ikhlas daripada Azmantop & Keluarga

Tuesday, August 31, 2010

CUCU KU NO: 2- Dalam Kenangan





Kehidupan yang singkat berakhir dengan kematian yang menyedihkan

SYAHIR EIZLAN..itulah nama bayi yang baru berusia 5 hari meninggal dunia selepas bertarung nyawa di hospital Labuan.
walaupun kita redha dengan pemergian Syahir eizlan, tapi punca kematian memang tidak boleh diterima.
Syahir Eizlan telah lahir kerana komplikasi ibu yang mengandung tumpah darah dan di paksa keluar dengan cara pembedahan.
Dalam kandungan ibunya baru berusia 7 bulan 3 minggu. cuma menunggu 5 minggu sahaja cukup usia dalam kandungan.
Apabila dipaksa keluar sebelum cukup tempoh , Syahir Eizlan dimasukkan dalam unit rawatan rapi, tetapi doktor yang mengendalikan
bayi itu bukan pakar. Puncanya cuma pernafasan yang perlahan. Apabila Doktor menikam paru paru sebelah kirinya , kononnya nak stabilkan pernafasan maka bermulalah komplikasi tahap kritikal,tikaman yang kedua pada paru paru kanan adalah punca kematian syahir Eizlan.Walau pun doktor kata cuma jarum sebesar lidi mancis dicucuk pada rusuk kiri dan kanan bayi, tapi ianya seperti tikaman sebilah pedang pada badan orang dewasa.
Tikaman pada kedua dua paru paru itu lah yang menyebabkan kematian Syahir Eizlan.
Pengajaran yang boleh kita dapati disini adalah
1.KESABARAN- Dalam apa jua tindakan , ketidak sabaran merupakan punca segala masaalah
kita tak boleh balik kebelakang untuk membetulkan keadaan, cuma kita kena teruskan kehidupan ini
dengan penuh keinsafan. Buat lah yang terbaik untuk keluarga.

Kesal kerana perkara ini berlaku begitu cepat macam tak logik akal.
Cepatnya perkara ini berlaku dan berakhir macam tak logik akal.
Tapi itu lah kuasa Allah s.w.t.

Bebanyak banyaklah mohon keampunan dari Allah atas segala kesalahan yang kita telah lakukan selama ini.
Mohon keberkatan Allah s.w.t atas kehidupan yang akan kita tempuhi.
Mohon keselamatan didunia dan akhirat

Monday, June 7, 2010

MAK CHIK



pada 5/6/2010 majlis perkahwinan Anak lelaki Dr.Rashid Ahmad.
Berpeluang berjumpa mak chik Nab di rumah Fadzilah di Sg. Merab Bangi.



Alhamdulillah. Mak Chik masih sihat dan ceria. Cuma tak mampu berdiri dan berjalan.
Dapat bersama sama sepupu yang dah lama tak jumpa.

Friday, May 14, 2010

CHANGE




“Our survival depends on our ability to stay awake, to adjust to new ideas, to remain vigilant and to face the challenge of change.
“Change does not roll in on the wheels of inevitability but comes through continuous struggle.
“And so we must straighten our backs and work for our freedom. A man can’t ride your back unless your back is bent.” words of Martin Luther King Jr:

Who is wise? He that learns from every One.
Who is powerful? He that governs his Passions.
Who is rich? He that is content.
Who is that? Nobody.