Friday, April 22, 2011

PULAU TIGABU- BANGGI, KUDAT

Apa yang ada di pulau 3 Bu yang jauh perjalanan nya dari Kudat....3jam naik speed boat 75 horse power.


Pulau 3 Bu...


Pulau 3.Bu...

Perusahaan ikan Kering


Ikan Kering yang baru nak kering




Abalone-sejenis makanan laut di jual pada harga RM45 to RM50 /kg harga belum proses


Abalone yang dh di proses harga di restoren 5 star = RM100/ 100gram






Timun Laut (Bahasa Bajau = 'Balad')


Sangkar Timun Laut

Thursday, April 21, 2011

Around Sabah - again

Pulau Tigabu, Kudat, Sabah

19-04-2011 perjalanan bermula dari Labuan ke Kudat

Jam 1.30pm menaiki ferry dengan Nissan Navara
sampai Manumbok Jam 3.30pm. Perjalanan menuju ke Kudat
hampir 6 jam lebih kurang 300km. Sampai Kudat Jam 9.30pm
Makan malam dan bermalam di hotel Kudat

20-04-2011. jam 11.00am bersama Hj.Jaharon ke jeti kudat , cadang hendak ke Pulau
Tigabu...(3 Bu). tak dapat bayangkan besar mana pulau tu dan berapa jauh jaraknya dari Kudat...mengikut kata Hj. Jaharon perjalanan menaiki bot laju memakan masa 1 jam setengah iaitu selama 90 minit...lama tu.....

Dengan berat hati aku setuju juga hendak pergi ke pulau 3 Bu...
setelah membeli minyak 6 tong (25lit setiap tong),kami mula perjalanan menuju pulau 3 Bu. Keadaan Bot laju 75 kuasa kuda tak sempurna mana..tidak bertutup, tiada tempat duduk..cuma lantai plywood dan cuaca masa tu panas terik...Dengan keadaan laut gelombang dan cuaca panas...tawakkal sajalah...asalkan kami selamat sampai....Perjalanan terasa lama dan dah tak tertahan rasa berada dalam laut di alun ombak ..dah 2 jam perjalanan dan dah 2 kali mengisi tangki enjin bot masih tak sampai sampai....rasa menyesal pula kerana mengambil keputusan hendak ke pulau 3 Bu... setelah hampir 3 jam baru kami sampai ke destinasi...punya lah penat...mabok...lembik seluruh badan..tapi bersyukur kami selamat sampai..

Pulau 3 Bu sebesar pulau Besar di Melaka,dihuni oleh penduduk Bajau Laut,orang Philipine islam sejak tahun 60 an lagi. Nelayan adalah pekerjaan tetap mereka dan hasil laut sumber pendapatan mereka.
Tapi pada tahun 2009, timun laut dan Abalone sumber makanan laut merupakan hasil terbaru mereka.

Kami bermalam di rumah laut kepunyaan Adik Hj.Jaharon. Keesokkan harinya kami bercadang balek semula ke Kudat awal awal pagi untuk mengelakkan cuaca panas.
Jam 8.00pagi kami balek ke Kudat. hampir jam 11.00pagi sampai dengan selamat ke kudat.....Dalam hati berbelah bagi..samada aku hendak lagi pergi ke Pulau 3 Bu lagi...
Kalau nak pergi lagi..kena pakai Bot yang lebih sempurna dan lebih laju baru berbaloi..





51

Selepas 50...51 pula
Pada 14-4-2011 usia aku melangkau 51 tahun.
Aku menyambut usia 51 tahun di Labuan.Bersama cucu





Moga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga dan di permudahkan segala urusan di dunia hingga akhir hayat.

Friday, March 18, 2011

BERAT

Dunia dah semakin berat...
Dah tak tahan menanggong beban
Macam apa yang dah berlaku Di Jepun
Sejak perang dunia ke 2..
Jepun terus maju hingga menjadi negara industri maju.
Dalam sekelip mata musnah...
Kena buat semula....bangkit dan insaf pada apa yang berlaku..
Begitu lah hidup kita...semalam kita kaya....(history)
Hari ini kita miskin ...(lucky) ...Esok pasti...(mystery)




Sunday, February 6, 2011

AROUND SABAH 2


Bermula 27/01/2011
Dari Labuan
Ke Kuala Penyu -pass by
Ke Kimanis -overnight-office
28/01/2011
Ke Sipitang -hotel/rumah jolly
Ke Tenom - pass by
Ke Keningau - pass by
Ke Ranau - hotel-3 rooms


PAK AYOB & Wife


29/01/2011
Ke Kota Belud - pass by
30/01/2011
Ke Kudat - overnight-rumah hj Jaharun
31/01/2011
Ke Bandar Kudat - hotel-3 rooms

ANAKKU CUCUKU








RANAU CHALET

TUARAN CHALET



Beautiful & Clean Beach in Kudat

My "Dream" Beach in Kudat


" My Beautiful & Clean Beach in Kudat"

01/02/2011
Ke Tuaran - hotel-2 rooms
02/02/2011
karamunsing - hotel-3 rooms
03/02/2011
Bandar Kota Kinabalu - hotel apartment
04/02/2011
Balek semula Ke Labuan - Rumah Soufyan



"TIP OF BORNEO" in KUDAT

PRODUCT LET'S CHANGE

OLD ENTRY


NEW ENTRY

Cuma tinggal pagar yg belum dapat....
Harapkan pagar ..pagar makan hati..
kenalah tunggu kalau kalau ada pagar runtuh yang orang dah tak nak..boleh recycle.

Monday, January 17, 2011

LET'S CHANGE

NEW ENTRY

2011 , langkah pertama aku untuk tukar kapada yang lebih baik.
Pintu Masuk kerumah telah aku tukar......
tembok batu yang selama 16 tahun bertahan sebagai dinding telah aku robohkan.







Mudah mudahan dengan NEW ENTRY akan membawa keberkatan, murah rezki..
"INSYALLAH"