Monday, April 19, 2010

50

AKU TUA


KERETA TUA

AKU MUDA

50,,,Satu angka...???
kalau dikira dari angka 1 hingga 100..
50 adalah separuh/setengah...
RM50 ..nilainya tak sama dengan USD50
USD50..nilainya tak sama dengan Euro50
Dekat mana nilai 50 ini di kira sama???
Apakah nilai 50 ini pada Usia/umur?
50 bukan nya separuh umur kehidupan.
50 adalah 3/4 atau 75% kehidupan/nyawa kita.
Cuma tinggal 1/4 sahaja baki usia...InsyAllah
Purata usia orang Malaysia adalah 70-75 tahun sahaja.
50 adalah garisan Emas.....
kalau dah melintas garisan Emas, dapat pingat Emas.
50 telah menyumbang banyak kebaikan pada diri ku.
Aku tanya diri sendiri apakah sumbangan ku pada 50?
"Demi masa sesungguhnya......"
Jangan aku terlupa.Aku kena sumbang segala kebaikan pada
51, 52, 53,54...seterusnya hingga angka itu hilang

"Lu pikir lah sendiri"

Saturday, April 3, 2010

PUNCAK LANGIT.... di mana......?


Tarikh 26/3/2010 . Puncak Langit sdn bhd menerima notis keluar dari bangunan yang di sewa daripada Perbadanan Labuan. Alasan nya kerana Puncak Langit tidak memohon lanjutan tempoh sewa......????

Puas dah merayu kepada Dato' dato....tapi hampes....Baru satu Tahun berada di puncak Langit..tiba tiba jatuh tergolek ke bumi. Begitu lah lumrah hidup ini....Kesenangan dan kemudahan yang di nikmati hanya sementara saja.........Tak payah lah cerita tentang PHD....biar lah...
Terpaksalah Puncak Langit menyewa tempat yang lain....
Selama 5 hari lima malam membina semula tempat baru...pada tarikh April Fool-2010
Puncak Langit beroperasi seperti biasa di tempat baru...

Alamat baru Puncak Langit
PUNCAK LANGIT SDN BHD
LOT. 7A, GROUND FLOOR.
TAMAN WONG WO LO PHASE 2.
JALAN KARUPANG
87000, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
TELEFON : 087-421770
FAX : 087-423770

Wednesday, March 17, 2010

Bersama Kesusahan ada Kesenangan

ﺒﺴﻢﷲﺁﻠﺮﺤﻤﻥﺁﻠﺮﺤﻴﻢ

setelah Lapar, ada kenyang
Setelah Haus, ada kepuasan
Setelah Berjaga, ada Tidur yang lena
Dan setelah sakit, ada kesembuhan
Setiap yang hilang pasti di temui
Dalam kesesatan akan datang petunjuk
Dalam kesulitan ada kemudahan
Dan setiap kegelapan akan terang benderang
Mudah mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan
Atau sesuatu keputusan dari sisinya


Sampaikan khabar gembira kepada malam hari
Bahawa sang fajar pasti datang
Khabarkan juga kepada orang yang dilanda Kesusahan
bahawa pertolongan akan datang secepat
Kepantasan cahaya dan kerdipan mata
Setiap tangisan akan berujung dengan senyuman
Ketakutan akan berakhir dengan rasa aman
Dan kegelisahan akan disirna oleh kedamaian
Maka dari itu , jangan pernah merasa terhimpit se jengkal pun
Kerana setiap keadaan pasti berubah
Dan sebaik baik ibadah adalah menanti kemudahan dengan sabar
Walaupun hari demi hari akan terus bergilir
Tahun demi tahun akan selalu berganti
Malam demi malam pun datang silih berganti

“Ketika menerima sesuatu yang buruk, Ingatlah saat saat kita menerima yang baik”

Saturday, March 6, 2010

BESAR & CANTIK


Cantik Rumah ini..
siapa punya..?????

Besarnya rumah ni..
Macam Hotel...

Wednesday, February 24, 2010

"I CAME (KAMBING) FROM CYPRUS"




Hari ini aku dapat peluang melawat Tempat ternakan kambing di Rembau.
Tuan punya tempat ini "besan" Hj.RMT.
Hebat tempatnya..... Ada 3 unit "Mansion" (Reban...besar punya...!)yang boleh
menempatkan lebih 1000 ekor kambing...dalam satu masa............

Yang menariknya...kambing yang ada di tempat ternakan "Besan" Hj.RMT pada ketika ini adalah kambing kambing dari "CYPRUS"...
Kalau selama ni kita kenal kambing "BOR".."Janapari"....
Kambing yang dari "Cyprus" ni memang besar gila...purata seekor antara 80kg-100kg.
Sistem peliharaan yang sistematik dan pemakanan yang teratur serta kawalan yang terperinci...boleh menghasilkan Kambing- kambing yang sehat..



Sesiapa pun boleh "teruja"(mcm blog Mak Uda cakap)...bila tengok banyaknya kambing kambing yang sehat sehat belaka..

Hj.RMT memang dah teruja,,,,aku pun ....! seronok bila melihat banyaknya kambing...! lumayan...
Hj. RMT pun menceritakan plan beliau...utk memelihara kambing "cyprus" dengan lebih canggih...lagi... ..mcm pembiakan lembu-lembu di Australia yg jauh lebih maju dlm teknik pemeliharaan ternakan.....



Nasihat dari "besan" Hj.RMT kepada aku.....
Nak pelihara kambing ni...perlu kesabaran yang amat kuat
kena cekal...Ceritanya kepada aku...pada tahun pertama dan kedua masa peliharaan ...banyak sekali dugaan....kalau kita bertahan dalam tempoh ni....InsyAllah..kita boleh berjaya...Kebanyakkan Penternak Kambing kalah dalam tempoh yang singkat ini................

Sunday, February 21, 2010

JOBLESS




Seorang Penggangur memohon kerja sebagai “Office Boy” di microsoft

Pengurus Jawatan telah menemuduga beliau dengan mencuci lantai…

”awak diterima bekerja”, setelah berpuashati dengan prestasi beliau…

Pengurus Jawatan bertanya ”boleh saya dapatkan alamat e mail anda dan kami akan hantar kepada awak borang permohonanan jawatan untuk diisi dan kami akan maklumkan tarikh mula kerja”

Penggangur itu menjawab “ saya tak ada computer….dan tak ada e.mail”

”Maaf…jawab pengurus jawatan, “kalau kamu tiada email…maknanya

kamu tidak ujud…”Orang yang tidak ujud…tak boleh dapat kerja”

Hampa, Penggangur itu pun berlalu dengan harapan yang kosong,…dia tak tau nak buat apa

Cuma dalam kocek nya ada RM10.00 sahaja…dia bercadang pergi ke Giant supermarket
Dan membeli jagung …10Kg

dia kemudiannya menjaja jagongnya merata tempat…dan berjaya

menjual semua jagong nya dengan keuntungan satu kali ganda….

dia meneruskan usaha sedemikian beterusan dan berjaya mendapat keuntungan

Dia memikir bahawa dia boleh berjaya dengan cara usaha sedemikian setiap hari

berusaha keras dan melipatkan keuntungan berganda setiap hari….

Setelah mempunyai modal yang cukup…dia mula membeli sebuah lori kecil

Setelah selama 5 tahun berusaha, beliau mempunyai banyak lori…dan
Menjadi seorang pembekal jagong terkenal di Malaysia

Kemudian dia merancang untuk masa depan keluarga dengan
Membeli “Life Insurance”

Dia pun bertemu dengan seorang “Broker Insurance” dan memilih polisi
Perlindungan insuran untuk keluarga…..

apabila semua dokumen sudah siap…..si Broker Insurance bertanyakan e-mail beliau

dia menjawab yang dia tidak ada address e-mail.. Si broker Insuran berasa pelik
Kenapa seorang usahawan yang berjaya seperti beliau tidak mempunyai e-mail..???

Si Broker…bertanya…Cuba bayangkan…Kalau lah Encik ada computer dan ada e-mail, ….Bukan kah encik akan lebih berjaya…..

Usahawan yang dah berjaya…senyum simpul…dan menjawab…
“Ya…kalau saya ada e-mail dulu.….saya dah jadi “Office Boy” di Microsoft
***Dalam hati…..usahawan itu membayangkan….kalaulah aku ada e-mail…dari dulu….

aku Cuma menjadi “Office Boy”….dan bukannya millionaire..........seperti sekarang

Moral dari cerita di atas….

Kita Cuma merancang…Allah sahaja yang menentukan.
Rezeki,Jodoh, Ajal & Maut hanya allah yang menentukan

Komputer, e-mail,Internet bukannya penyelesaian masaalah dalam hidup

tanpa internet,e-mail….Berusaha lah dengan gigih dan kita akan berjaya….

JANGAN BUANG MASA MENATAP KOMPUTER AJE….
BANYAK LAGI KERJA …YANG NAK DIBUAT…
PINGGAN KAT DAPOR BELUM LAGI CUCI
BAJU DALAM WASHING MACHINE BELUM LAGI SIDAI..
SAMPAH KAT DAPOR MELAMBAK
“SHAMEEEEELAAAAA…… teriak Mak Andeh…

Tuesday, February 16, 2010

LESS THE RUNSING 3



UTUSAN KATA " LAMBAKAN WARGA ASING"
Cerita kat bawah ni ada kaitan.....

4 org duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi.. seorang warga Amerika, seorang kongo, seorang Bangladesh dan seorang Malaysia..
sedang dalam perjalanan, warga Amerika tu mengeluarkn 100 us dollar lalu dibakarnya utk menghidupkn rokok..
semua terkentut dgn tindakan si Amerika dan belum sempat bertanya, si Amerika ni kata " its ok.. too many DOLLARs in Amerika,"..
tanpa mengendahkn kata kata si Amerika tu, si Kongo pula mengeluarkn sekotak cigar yg termahal didunia.. di bakarnya satu dan yg lain dibuang keluar tingkap.. tersentak dengan tindakan si Kongo ni, si Amerika bertanye, "why??,"what a waste??.
si Kongo menjawab," no problem...there is too many cigars in Kongo"..
si Mamat Malaysia dan si Bangla terpinga2 dengan perbuatan mereka td..
belum sempat si Bangla kata apa apa, si mamat Malaysia terus tolak & campak si Bangla keluar tingkap.. dengan slamber berkata "nevermind,no problem...its OK.. too many Bangla in Malaysia,"....

di copy dari lets laugh...

Lawak tak sengaja--suka-suka je

1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga....?
jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI.....

Alasan

Isthree , muda..umpama-nampak BABY DOLL.
IStwo sederhana muda pula-nampak BARBIE DOLL.
ISone..... bini tua-nampak PANADOL !!



2.Kalau ada yg kata kamu hodoh/jelek,sabar je.
Kalau ada yg kata kamu bodoh/bingai,biarkan je
kalau ada yg kata kamu dungu,Cool je.
Tp kalau ada yg kata kamu cantik/hensem, Tampar je krn itu FITNAH!

3. Bila kita cantik tak siapa memandang,
bila kita baik tak siapa memuji,
bila kita susah tak siapa menolong,
bila kita jatuh tak siapa mengangkat,
Tapi......... bila kita kentut semua mata memandang mau tendang.

4.Indah Manusia kerana Akhlak
Indah Bulan kerana Cahaya
Indah Cinta kerana Sayang
Indah Benda kerana Hiasan
INDAH WATER KERANA JAMBAN .

5.jika mentari datang memancar terik, biar aku menjadi payung mu,
jika ribut datang melanda, biar aku menjadi pelindung mu,
jika banjir datang mencurah, biar aku menjadi sampan mu,
jika ceti datang meminta hutang, biar aku lari dahulu...