Friday, August 26, 2011
RAMADHAN YG HUJUNG
Ramadhan….bulan yang terdapat di dalamnya satu malam yang sama dengan seribu bulan amalan.
Ramadhan cuma tinggal beberapa hari lagi…….belum lewat lagi, marilah kita berhabis-habisan lawanlah nafsu malas. Menangislah kita di malam hari di hadapan Allah. Mohonlah keampunan dan kebebasan dari Api Neraka. Berdoalah untuk keampunan dan kebaikan dan kerahmatan kedua ibu bapa kita
Seluruh alam menangisi pemergianmu wahai Ramadhan yang bakal pergi beberapa hari sahaja lagi…, Seluruh alam ketika ini sedang bersedih menangisimu… termasuklah bukit, bukau, gunung ganang, Ikan di laut dan sungai, pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan dan segala macam binatang dan juga hidupan di atas dunia ini......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment