Tuesday, August 31, 2010
CUCU KU NO: 2- Dalam Kenangan
Kehidupan yang singkat berakhir dengan kematian yang menyedihkan
SYAHIR EIZLAN..itulah nama bayi yang baru berusia 5 hari meninggal dunia selepas bertarung nyawa di hospital Labuan.
walaupun kita redha dengan pemergian Syahir eizlan, tapi punca kematian memang tidak boleh diterima.
Syahir Eizlan telah lahir kerana komplikasi ibu yang mengandung tumpah darah dan di paksa keluar dengan cara pembedahan.
Dalam kandungan ibunya baru berusia 7 bulan 3 minggu. cuma menunggu 5 minggu sahaja cukup usia dalam kandungan.
Apabila dipaksa keluar sebelum cukup tempoh , Syahir Eizlan dimasukkan dalam unit rawatan rapi, tetapi doktor yang mengendalikan
bayi itu bukan pakar. Puncanya cuma pernafasan yang perlahan. Apabila Doktor menikam paru paru sebelah kirinya , kononnya nak stabilkan pernafasan maka bermulalah komplikasi tahap kritikal,tikaman yang kedua pada paru paru kanan adalah punca kematian syahir Eizlan.Walau pun doktor kata cuma jarum sebesar lidi mancis dicucuk pada rusuk kiri dan kanan bayi, tapi ianya seperti tikaman sebilah pedang pada badan orang dewasa.
Tikaman pada kedua dua paru paru itu lah yang menyebabkan kematian Syahir Eizlan.
Pengajaran yang boleh kita dapati disini adalah
1.KESABARAN- Dalam apa jua tindakan , ketidak sabaran merupakan punca segala masaalah
kita tak boleh balik kebelakang untuk membetulkan keadaan, cuma kita kena teruskan kehidupan ini
dengan penuh keinsafan. Buat lah yang terbaik untuk keluarga.
Kesal kerana perkara ini berlaku begitu cepat macam tak logik akal.
Cepatnya perkara ini berlaku dan berakhir macam tak logik akal.
Tapi itu lah kuasa Allah s.w.t.
Bebanyak banyaklah mohon keampunan dari Allah atas segala kesalahan yang kita telah lakukan selama ini.
Mohon keberkatan Allah s.w.t atas kehidupan yang akan kita tempuhi.
Mohon keselamatan didunia dan akhirat
Subscribe to:
Posts (Atom)