Sunday, April 14, 2013

53....Lima puluh Tiga

Genap satu tahun tidak menulis dalam blog hari ini. Usia semakin meningkat,masa berlalu pun semakin cepat. Menghitung hari,minggu,bulan Dan tahun...masa berjalan tak menunggu Samada kau baik ke?, kau sakit ke? Kau miskin ke? , kau kaya ke?..tik tok, tik tok.... Masa berlalu....oleh itu, ingat perkara yang selalu kita lupa 1. Muda sebelum tua 2. Sihat sebelum sakit 3. Kaya sebelum miskin 4. Waktu lapang sebelum sempit 5. Waktu hidup sebelum mati. Allah tidak cepatkan atau melambatkan walau sedetik, bila tiba ajal. Pesanan ini Adalah buat diri saya sendiri dan untuk anak anak khasnya. Aku dah lalui 53 tahun nikmat kehidupan aman damai, murah rezeki,rasanya amalan dan tanggungjawabku terhadap Allah swt masih lagi 'KURANG'...tak cukup lagi..tak sempurna lagi. Aku bermohon.. "Ya Allah tunjukkan aku jalan yang lurus, bimbing aku ke jalan yang benar. Selamatkan aku di dunia Dan ahirat,permudahkan segala urusanku di dunia Dan tempat aku dikalangan orang orang beriman bila aku mati kelak". Dalam keluarga seramai 13 orang adik beradik, aku no.10. Dua abang aku telah mendahului menghadap Illahi...no.1 Dan no.5..dalam usia...61/62 tahun usia. USIA nabi Muhammad s.a.w. Dalam menjalani sisa sisa kehidupan ini., yang aku perlukan Sekarang... Adalah sokongan,bimbingan,bantuan dan kemaafan pada apa jua selepas 53 tahun kehidupan. Alhamdullilah