Friday, October 16, 2009

HARI RAYA 1430H tahun 2009


Hari Raya tahun ini gambar keluarga dah bertambah 2 orang..
SEIF EIZZANI dan EFFALIN hadir dalam keluarga Azmantop.
Raya tahun 2009 bersamaan 1430 hijra terasa sunyi...
Ramai ahli keluarga berada di Tanah suci mekah...
Abang Nordin dah kembali ke rahmatullah..Kami berdoa Arwah abang berada di tempat golongan orang beriman bersama roh abah dan emak dan saudara saudara yan telah mendahului kita. 'ALFATIHAH'.
Ngah Tipah berada di tanah suci Mekah bersama suami.
Uda Aini berada di tanah suci Mekah bersama suami
Andak Razak ada di Tangkak dan beraya bersama keluarga
Uteh Tapa berada di Mekah sendirian..selama sebulan dan menyambut hari lahir ke 58 di tanah suci Mekah.
Alang Rosli...Ramadan ini tidak Ke Mekah..tapi bercadang mengerjakan Haji pada musim ini bersama isteri dan anaknya 'Angah'
Hj.Kamardin berada di Mekah .bersama Ngah Uda dan lain-lain...Hj. KMT ni kalau pergi ke Mekah macam dari KL ke TGK..boleh ulang Alik...Allah murahkan rezkinya... Hj.KMT lah yang menjadi penaja adik beradik untuk ke Mekah. syukur alhamdullilah rezki beliau bertambah murah.Kami doakan agar usaha murni beliau berlanjutan...dapat juga kami menumpang nanti.
Aja..pada tahun ini berhari raya di Umbai Melaka bersama keluarga. Kami doakan Aja berjaya dalam usaha beliau. Kami akan membantu apa yang terdaya...
Md.Khir beraya di KL/Batu Pahat bersama keluarga. berkat usaha gigih beliau,,,Nasi Arab telah menjadi sumber perniagaan beliau. Kami mendoakan agar beliau terus berjaya.
Norlida...beraya di Muar/Batu Pahat...Suami nya tokey Umrah/Haji..service provider..tiap tiap tahun pergi ke Mekah...betapa beruntungnya beliau.Berkat usaha gigih suami Isteri..Allah permudahkan segala usaha mereka.
Hisham..beraya di TGK...Adik bongsu..sentiasa membantu segala kerja beliau.Bertuahnya Hisham adik Bongsu amat mengambil berat terhadap beliau dan keluarga.
Hairiah...yang bongsu...beraya di Mekah bersama suami. Tahun ini mereka tak balek Kelantan.
Terima kasih kepada adik bongsu ini yang amat ringan ..membantu..Allah sahaja dapat membalas segala usaha nya..dimurahkan rezeki, selamat dunia dan Akhirat.
Kepada Abang,Kakak, Adik, Ipar-duai...Saya Azman Md.Top...no 10 mengucapkan selamat hari raya dan maaf segala kesalahan halalkan makan minum dan memohon ampun segala tuturkata serta perbuatan yang salah/tidak disedari yang menyentuh perasaan.

No comments: