Selamat datang tahun 2010.
Azam aku pada tahun 2010 ini adalah....
nak yang terbaik belaka....
dah letih.. buat kerja kuat tapi tak smart..hasilnya tak seberapa..
hasil usaha selama beberapa tahun yang gemilang macam telah
rapuh..punah..bagaikan dimakan anai anai.
macamana nak menghindarkan anai anai memakan meratah segala
hasil mahsul..yang telah aku bina selama ini..??
kena lah aku balik kepangkal jalan.... belajar, menuntut , mengaji dan dapatkan seorang guru
untuk aku belajar..kat mana silapnya.
Aku telah bertekad...dan telah memberi masa pada diri aku selama 5 tahun yang akan datang ini untuk aku bentuk semula...dan membetulkan segala kesilapan... Aku rasa masih belum terlambat...aku baru (atau sudah) berusia 50 tahun pada 2010.......aku nombor 10
Aku perlukan mentor....sifu...tok guru.....??/??
3 comments:
Assallamualaikum wr wb...
This is my first time browsing your blog.. Bagus azam baru dan bila azam dah begitu, tandanya kesedaran sudah membuahkan hasil. Apa ada pada yang kita nak kejar.. kejarlah Allah, maka Allah akan menerima kita dengan kasihNya.. jangan kejar dunia, kerana dunia akan terus lari meninggalkan kita.. itulah yang jadi bila you mentioned dah letih!!.. dunia terus lari, tapi kita bersyukur kerana iman masih mantap dihati..dan iman perlu dibajai..disirami oleh ayat-ayat Allah.. Nak cari mentor kena cari yang betul-betul jangan cari yang tak lurus.. Mulakan dengan Mentor memahami Al Quran dna InsyaAllah lepas tu baca al hadis dan amalkan..
Indahnya hidup dengan iman kerana kemanisan iman hanya Allah kurniakan kepada yang amat inginkannya.... satu lagi, Minta pd Cikgu Tipah vcd Ashabul Kahfi dan tengok 3 empat kali.. insyaAllah banyak boleh bantu akan arti sebuah kehidupan.. arti sebuah kekuatan..The best time to bernumajat adalah dikala orang lain tidur menanti subuh.. cobalah dan carilah cahaya yang akan memadamkan segala kesilapan lalu.. Semoga Allah memudahkan segalanya untuk diharungi dan hadiah taqwa yang mantap menati di hujung sana...Amin
Ya Allah, semoga azam baru tuan Azman dapat tercapai dengan rahmatMu, dan berilah kemudahan baginya untuk terus mendapat petunjuk dariMu dan peliharalah dia dari kesukaran di dunia dan di akhirat... amin..
Salam Man...
Saya lupa nak beritahu awak apa saya rasa rahsia kamu yang menyebabkan Allah banyak bantu dan jaga diri awak.. Bagi saya, Allah kasih pada awak kerana antara adik beradik yang begitu rapat dengan Arwah Emak masa hidupnya sendirian tanpa Arwah Abah adalah awak. Masa Arwah abah ada pun, awak adalah satu-satunya yang selalu ada di Tangkak dan nama awak selalu di bibir arwah abah... bila kereta rosak, bila nak hantar barang, dan juga bila arwah abah sakit, rumah awaklah pagi-pagi jadi tempat rujukan..
Masa Arwah emak sendirian, bila emak ke KL, dia juga selalu ke rumah Alang dan bila jumpa saya, dia selalu kata nak ke rumah saya.. dan Alhamdulillah Allah izin Arwah bonda menghembuskan nafas terakhir di rumah saya...
Masa dia selalu bersama saya, nama kamu selalu dia sebut, dia rindu kalau tak jumpa awak dalam masa seminggu.. mesti nak balik jumpa Azman. Alhamdulillah.. itulah berkat buat bekalan awak dan kini apa yang perlu dilakukan adalah menjadi anak yang soleh dan menjadi suami dan ayah yang soleh. Bimbing isteri, bimbing anak-anak dan biasakan memberi tauladan dan kata-kata nasihat berkasih sayang dengan mereka serta adik beradik kita.. InsyaAllah..
Saya terkesan dengan azam baru awak dan dengan keadaan semasa yang mungkin merungsingkan terutama tentang pekerjaan.. Saya hanya rasakan pekerjaan yang terbaik buat masa ini adalah menjadi pelajar sepenuh masa mempelajari al Quran dan memperbaiki solat dan amal-amal.. muhasabah diri dan mengenali diri sendiri dan mengenali Allah dengan mencapai Ma'rifatullah.. Gantikan masa muda yang penuh kesibukan dan keegoan dengan masa matang dengan keinsafan dan seronok menjadi hamba Allah.. baca buku riwayat hidup rasulullah saw, baca cerita sahabat-sahabat dan sentiasa memohon cahaya petunjuk Allah untuk sentiasa berada di atas jalan iman dan islam.. Ukhwah kita sekeluarga juga anugerah Allah yang sukar untuk dinilai walau dengan harga dunia dan seisinya...
Maaf saya banyak menulis seolah-olah saya lebih baik, namun saya menulis juga sebagai nasihat pada diri sendiri..
Akhir sekali, Allah berfirman yang maksud nya " Allah membeli dari orang mukmin itu diri mereka dengan HARGA syurga..." nanti saya cari ayat mana, hari tu ingat, dah lupa dah.. kalau kita beli benda yang kita suka spt kereta mercz atau rumah bunglow, harganya setakat ribuan atau jutaan.. itupun kita dah rasa seronok dan bangga.. bagaimana pula rasanya kalau Allah membeli diri kita dengan harga syurga? Bukankah diri kita ini Dia yang beri tanpa kita bayar apa-apa..? sekarang Allah offer nak beli balik diri kita dengan harga syurga.. double nikmat.. dilahirkan percuma, dibeli kembali dgn harga syurga!..itulah harga orang mukmin.. apakah ada lagi yang lebih indah dari menjadi seorang muslim mukmin..?
Kalau seluruh dunia beriman kepada Allah, tidak bertambah apa-apa di sisi Allah dan jika semua manusia engkar kepada Allah, tidak ada apa-apa yang kurang di sisi Allah.. Maha suci Allah Rabb yang Agong dan Maha Perkasa.. Kenalilah
Allah maka kita akan kenal diri kita...
Adinda.
TQ. Hairiah..
your motivation notes is appreciated.
InsyALLAH..akan ada perubahan pada diri saya dan keluarga ke arah kebaikan mengikut jalan yang lurus
Post a Comment