Tuesday, February 16, 2010
MERSING
Sukaneka Kohatsa
Keseronokan terasa apabila bersama adik beradik.Nostalgia ketika zaman 70an.40 tahun yang lalu............
Pak man teringat keseronokan berombong dan berkumpul sekeluarga pada masa Arwah abah bawa kami ke pantai port Dikson ...bawa kami beramai ramai dan padatkan dalam Kereta.
Zaman berubah...walaupun segala kemudahan telah sedia ada...tetapi nak kumpulkan ahli ahli keluarga seperti mana yang telah dibuat oleh ahli Kohatsa.....tidak semudah seperti yang di jangka.
Kesibukkan bekerja, berniaga,belajar menjadikan kita semua sibok....belaka tak ada masa....
Mendengar Taklimat Penderitaan Palestine @ Godek Resort-Air Papan.
Walaupun tempat riadah tidak berapa sempurna...tapi suasananya ceria.
berkumpul,makan bersama tidor dalam dome ramai ramai...memberi pengajaran
yang hidup ni bukan sentiasa senang....tapi yang pasti semuanya ceria sahaja
no complain.
Makan tengahari @ Dataran Kluang
Keseronokan makan dalam perjalanan bersama keluarga ......suasana yang bukannya selalu dapat dirasai... bagi ahli ahli kohatsa II ..pengalaman makan tepi jalan dalam perjalanan ke suatu destinasi dengan membawa bekal serta kelengkapan sendiri
jarang jarang kita dapat. 30-40 tahun yang lalu...suasana begini kerap Pak Man rasai apabila Arwah Atok emak masak nasi lemak dan segala bekalan makanan masak dari rumah.
kita akan berhenti rehat dalam perjalanan dan makan bekalan yang dibawa. Sesungguhnya suasana itu adalah yang paling indah yang Pak Man rasai....apabila kami sekeluarga berjalan jauh.
Sekarang ni dah ada R&R....dah tak real.....
Dalam BAS Padat 43 penumpang
Walaupun ramai dalam bas...suasana selesa sekali..riang ria/ceria.
Aura mesra apabila bersama sama keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment