Monday, September 20, 2010

LESS THE RUNSING 4


Masihkah kau ingat..?

Lawak tak sengaja--suka-suka je

1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga....?
jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI.....

Kat sini ada cerita kisah dan teladan

mempunyai 4 orang isteri

Dia terlalu mencintai isteri ke Empatnya dan dibelai dengan kemewahan dan melayannya.Dengan penuh kasih sayang diberi intan berlian dan emas dan untuknya segala nya yg terbaik

Dia juga mencintai isteri Ke 3 nya penuh kasih sayang dan sering memperkenalkan Kepada kenalan dan kawan kawan, tetapi dia khuatir pada satu hari nanti isteri ke 3 nya akan meninggalkannya dan mencari jantan lain.

Dia juga mencintai isteri ke 2 nya. Isteri ke 2nya amat rapat dan baik budi bahasa, bertimbang rasa dan amat penyabar. Apabila dia menghadapi masaalah, isteri ke 2nya lah yang memberi galakan/sokongan dan memberi nasihat dalam menghadapi kesukaran

Tetapi dia tidak menyayangi isteri pertamanya dan selalu mengabaikannya, walaupun isteri pertamanya amat menyayanginya.Isteri pertamanya amat setia dan selalu memberi sokongan rangsangan dalam menjaga dan mengekalkan kemewahan dan kehidupan nya.


Pada suatu hari, dia jatuh sakit dan maklum bahawa umurnya tak panjang. Dia baru sedar mempunyai 4 orang isteri tidak bermaknanya lagi, Dalam hatinya berkata-kata “aku mempunyai 4 orang isteri, tapi bila aku mati..aku akan keseorangan….”

Lalu bertanyalah dia kepada isteri ke 4 nya…”Aku telah memberi sepenuh kasih sayang dan kemewahan dan menjaga kau dengan baik dan memberikan kau segala kemewahan dan memberi penuh perhatian kepada kau,….sekarang aku sedang menuju ke penghujung nyawa ku, ..mahukah kau bersama samaku dan menemaniku bila aku mati nanti ?


Jawab isteri ke 4 nya….”Jangan harap..” dan berlalu pergi


Jawapan isteri ke 4 nya bak pisau yang menghiris hati nya

Dengan penuh rasa sedih dia bertanya pula kepada isteri ke 3 nya. Dia berkata “aku telah menyanyangi kau semenjak kau menjadi isteri ku, sekarang aku sedang menuju ke penghujung nyawa ku, ..mahukah kau bersama samaku dan menemaniku bila aku mati nanti ?

“Tak mau” jawab isteri ke 3 nya “ sekarang ni hidupku amat selesa sekali, kalau kau mati, aku akan berkahwin lagi”


Tersentak dan mengigil seluruh badan mendengar jawapan isteri ke 3 nya.


Kemudian dia bertanya kepada isteri ke 2 nya. Katanya “ ketika aku dalam kesusahan kau sentiasa berada di sisiku memberi nasihat dan memberi sokongan, sekarang aku sedang menuju ke penghujung nyawa ku, ..mahukah kau bersama samaku dan menemaniku bila aku mati nanti ?
“minta maaf je bang…tak dapat saya nak menolong.. dapat menghantar jenazah abang ke kubur pun dah cukup baik jawab isteri ke 2 nya.

Jawapan isteri ke 2 nya bagaikan petir dan halilintar membelah bumi, Dia amat kecewa dengan semua jawapan isteri-isterinya

Kemudian dia terdengar satu suara..” Aku sanggup hidup bersama samamu kemana sahaja” Dia tergamam dan terpandang wajah isteri pertamanya, isteri pertamanya yang amat kurus kerana memendam perasaan dan selama ini tidak diberi perhatian. Dalam nafas yang amat panjang dan amat kesal, dia menjawab, “aku sepatutnya memberikan kau,isteri pertamaku penuh kasih sayang dan perhatian selama ini dan semasa aku berpeluang….”

Kebenarannya, mesejnya daripada cerita diatas tadi, Kita memang sentiasa ada 4 orang isteri dalam kehidupan kita……

Tubuh badan (Jasad) kita adalah isteri ke 4.
Walau macamana kita sayang dan perhiaskan tubuh badan (isteri ke 4) Nampak cantik berseri..ia akan meninggalkan kita bila kia mati…


Isteri ke 3 kita adalah darjat, wang ringgit dan harta kemewahan. Apabila kita mati, ia akan beralih tuan

Isteri ke 2 kita adalah keluarga dan kenalan serta kawan kawan. Walau macamana akrab dan rapat, setelah kita mati, hanya setakat ke kubur sahaja dia dapat menghantar kita

Roh (Keimanan)kita adalah ibarat isteri pertama
Walau pun tidak diberi perhatian dalam kita mengejar kuasa, kemewahan dan keseronokan dan ego kita, Roh kita lah satu satu nya yang kekal bersama apabila kita mati….


Cerita asal: A rich king had four wives ( dalam bahasa Inggeris)
Alih bahasa ; by azmantop

No comments: