Sunday, September 4, 2011

SYAWAL


Keluarga Hj.Mustapha ziarah Raya di Tangkak



syawal 1432 Hijrah tahun ini berlalu cepat...hari ini dah 8 syawal.
Macam biasa..semua anak anak dan cucu ada balek berhari raya di Tangkak.
Aku sudah menyambut hari raya selama 51 kali sepanjang hayatku.
Setiap tahun hari raya sama tapi tak serupa. Hari raya pada usia aku 1,2,3,4,5 tahun
masih dlm dukungan ibu, kakak dan abang. pada zaman persekolahan keceriaan Syawal mula terasa kerana pada waktu itu aku sedang membesar dan dibawah tanggungan kedua ibu bapaku. Menyambut hari raya dalam keluarga yang besar memang seronok.Kini Sudah 20 tahun aku merayakan 1 syawal tanpa Abah.Berkat didikan Arwah Abah, kini aku mewarisi tanggongjawab dan cara Arwah Abah membuat persediaan bagi menyambut hari raya.
Sebaik mungkin Arwah Abah pastikan persediaan 1 Syawal pasti cukup dan hari raya pasti meriah bagi keluargaku.
Ingatan kepada anak anak ku, anak anak saudaraku....hargailah pengorbanan kedua ibu bapa, jangan sesekali derhaka kepada kedua ibu bapa, hormati orang tua, rendah diri dan sentiasa memohon keampunan kepada kedua ibu bapa ketika ibu bapa masih ada di sisi. Kerana selepas ini anak anak ku akan mempunyai keluarga,menyambut Syawal akan menjadi tanggungjawab sendiri pulak.

No comments: