Tuesday, May 19, 2009

" I QUIT "

KENANGAN KU BERSAMA ABAH-Chp 1
Tajuk: Noraini Md.Top- “I Quit “ Pegawai Tadbir Awam
Rosli Md.Top. – “ I QUIT “- Pegawai Petronas
Salah Satu peristiwa yang masih dalam ingatan bersama Abah
Satu hari dalam tahun 199--.bersama abah di Kampong Solok
Satu pagi abah mengamuk sakan dalam rumah apabila mendapat tahu yang Uda Ani berhenti dari jawatan Pegawai Tadbir Awam. Pada masa tu uda Ani memang berpangkat tinggi dalam Perkhidmatan Awam… Abah sentiasa berbangga dengan Uda Ani..malah seluruh Kampong juga mengetahui yang abah mempunyai anak yang berpangkat tinggi di Pejabat kerajaan.
Abah memang pemurah,.. kalau orang kampong memerlu pertolongan berkenaan urusan kerajaan..maka Abah adalah tempat mereka mengadu. Abah memang confident urusan kerajaan dapat dibantu kerana anak nya berpangkat tinggi dalam kerajaan, terutamanya urusan pencen dan rujukkan anak yang hendak berkhidmat dalam jabatan kerajaan.
Tapi pada pagi itu…abah memang marah…Emak pun tak semena mena kena leter sebab uda berhenti.
“Belajar dan sekolah tinggi tinggi,bertahun tahun…senang je nak berhenti…dah hilang akal agaknya Ani tu” itu lah kata kata Abah….emak cuba menyampuk..” dia tau le apa dia buat..yang abah ngkau nak marah ni apahal…”..dan mulalah babak drama bertukar tukar ayat… lepas tu Abah terus keluar…lintang pukang kerusi dan bangku di buatnya///marah sebab emak tak menyokongnya..
Tapi…saya sendiri sampai sekarang pun tak dapat lagi jawapan….kenapa Uda berhenti setelah menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan,
Yang peliknya bila Hj.Rosli berhenti dari Petronas, Abah tidak seberapa marah seperti marahnya apabila Uda berhenti….
Diantara Uda Ani dan Hj. Rosli , saya tak berapa ingat siapa yang “Quit” dulu….
Soalan Cepumas pertama………..Uda kena beri jawapan yang bernilai million $$$
Soalan Cepumas kedua……Hj. Rosli kena beri jawapan,sebab apa dia berhenti…kerana nak berniaga
Kerana saya masih ingat…Hj.Rosli terima gaji pertamanya…balek ke kampong…dengan bangga menghulur duit kepada Emak dan membeli barang barang…berbelanja sakan….serta membuat longkang keliling rumah….Longkang pun dia buat sendiri…betapa semangatnya Hj.Rosli ketika tu
Tapi selepas tu dengar berita Hj.Rosli …”QUIT”
Abah tak seberapa terasa sangat…tapi Emak menangis….
Peristiwa tu berlaku 30 tahun dahulu….tak berapa nak ingat

1 comment:

noraini said...

Salam man. 14 Oktober baru dapat baca blog awak.Itu pun Uteh tapa beritau. Uda tak tahu arwah abah marah uda berhenti kerja? hei...tukar kerja lah daripada JPA ke Kementerian lain. Arwah abah meninggal uda baru habis buat Master di UIA. Oktober 1997 tarikh keramat uda berhenti. Abah meninggal tahun 1991, 6 bulan kemudian uda cuti belajar ikut uda safar ke UK. Kan awak datang ke UK yang nampak uda ada kawan di mana-mana. itulah sahabat2 kami sampai sekarang.

Kalau nak tau mengapa uda berhenti ialah kerana 'keadilan'. Dapat surat tak naik pangkat sedangkan orang yang kurang kerja dapat naik pangkat..alamat negara hilang seorang berbakat. Sekarang kerajaan Pakatan Rakyat untung dapat khidmat seorang Ahli Majlis yang berdedikasi, yang lagi untung dengan suami-suami beri khidmat kepada masyarakat di Shah Alam! fikir-fikirkanlah pemimpin yang kurang adil, akhirnya siapa rugi? WaAllau'alam.