Tahun 1985- usia 25 Tahun..Bernikah dengan Rehana Ab.Karim
Tinggal di Flat PKNS shah Alam Sek 8 ..1 tahun..
Tahun 1986-1987. Bina sebuah rumah di Meru Kelang.. rumah Bunglow 3 bilik di tanah
milik RM Top...
Tahun 1987 di paksa berpindah dari Rumah di Meru Kelang ..kerana tanah tersebut telah tergadai ...oleh pihak Bank
1988 tinggal di Jasin selama 4 bulan.. rumah murah Bapa Mertua. Rumah tersebut telah di ubah suai selepas itu..
1988 berpindah ke Tangkak menyewa rumah / pondok di Anjung Batu..sewa RM50.00 sebulan
1989 baik pulih kedai Gas syarikat Aja...Tempat tinggal/Kedai di Kg.solok
1990 Bantu Abah -syarikat Aja-Gas Dealer
1992 Bekerja Di sebuah syarikat TUSSAH S/B..introduce by Hj. RMT
1993 Abah meninggal tanpa sempat aku berbakti dan memberi kemewahan hasil titik peluh ku
Aku bersyukur dapat bersama sama abah sehingga akhir hayat nya
Awal 1993 First project Kerjaya Balfour Betty di Pergau Kelantan. Combination of my experience in TUSSAH and Hj. RMT hard working and planning. RM top secure manpower in Kelantan Hydro project.Berkat doa arwah Abah yang sentiasa hendak anak anak berjaya
Aku sekeluarga berpindah ke kelantan. Menyewa Bunglow Besar di Tanah Merah RM1000 sebulan.Pada masa tu ada juga pasang niat hendak membina rumah sebesar itu nanti...Alhamdullilah impian dan permintaan dikabulkan Allah....
Aku tinggal di kelantan selama 16 bulan hingga tahun 1994. pada masa tu aku dah mempunyai 4 orang cahaya mata. soufyan, Shiela, Shafiq dan Shamil.Shameela lahir di solok pada tahun yang sama..
1994 pulang semula ke Tangkak ..baik pulih rumah di tepi sungai solok.
Tinggal di Tangkak bekerja di kuala lumpur...berulang alik 5 x seminggu.Pada masa tu pembinaan Bunglow yang aku impikan dalam proses pembinaan..
Pada tahun 1994 RM Top dapat projek di KLCC.Site service contractor.
1995 pada 14hb. April aku berpindah di rumah bunglow atas bukit Anjong Batu ...pada tarikh lahir aku yang ke 35.Pencapaian aku pada masa berumur 35 tahun merupakan yang terbaik...
1995 Shahid pun dilahirkan di rumah bunglow dua minggu selepas berpindah .
1996. Project KLCC
1997- 1998. Project Putra Jaya
1999-2001. Project Gas pipeline Loop2
2000-2002. Project MLNG3 Bintulu sarawak
2003. Trans Thai Gas pipeline. tahun yang malang..berselisih faham dgn Hj.KMT
2004. Mencari peluang di Qatar bersama Zecon Berhad..Gagal. kena kencing
2005. Mencari peluang di China....Gagal..kena tipu sebab tak pandai berbahasa Mandarin
2005. Mencari peluang di Saudi...Project Gagal..tapi tinggal diJeddah selama 2bulan
dan dapat mengerjakan umrah setiap minggu
2006-2008. Project Mega Methanol Labuan.
2009. SSGP Sabah Sarawak Gas pipeline
Very interesting Journey, achievement, failure.......
Kalau ada masa menulis, banyak lagi cerita dan pengalaman pada tahun tahun tersebut.
Untuk perhatian anak anak dan anak anak saudara .banyak pengalaman yang telah Abah/Pak Man ditempuhi....
Ingat....sejauh mana pun kita pergi....kita akan berbalik pada asal...cuma pengalaman bertambah usia semakin tua...jangan sia siakan. "Jauh perjalanan Luas Pandangan"
Ingat..."Yang di kejar tak dapat...yang di kendong Keciciran"
Ingat ," waktu kita senang sebelum kita susah"
Ingat, "waktu Sehat sebelum kita sakit"
Ingat, "waktu hidup sebelum kita mati"
Ingat, "waktu Lapang sebelum waktu sempit"
Ingat, " waktu kita Muda sebelum kita tua"
Mohon maaf kepada semua pada kesalahan kesalahan yang telah berlaku samada secara sengaja atau tidak sengaja, samada sedar atau tidak sedar...
MAAFKAN LAH SAYA.......
ikhlas
Azman Md.Top
will continue....soon
2 comments:
assalamualaikum pak cik.,,
saya azam. rapat dengan shameela... menarik kisah pak cik..
Salam man. uda tertarik dengan kesah suka duka azman. kenapa tak cerit kesah sebelum berkahwin. Pengalaman di Sarawak. Uda dapat petunjuk alquran di Sarawak. Uda harap dalam umur sekarang azman dapat kuasai alquran di Puncak langit sdn bhd. Quran itu manis di hati dan tenang di fikiran, akan di rindui hati yang taqwa setiap saat. Cuba cari rahsia ini. Tahniah tulis blog untuk warisan. Uda Ani dari shah Alam
Post a Comment