SIFAT DAN SIKAP ARWAH ABAH YANG KAMi WARISI- PETIKAN BUKU KAMAR HATI
Bab 3
Saya berumur 11 tahun ketika abah membawa saya naik sampan ke bandar muar untuk membeli bekalan kedai rucitnya di batu 8 1/2 sungai mati. Kenapa abah bawa saya ia takdir untuk saya belajar sesuatu agaknya. Saya masih ingat sampan yang begitu rendah mencicah air dan alhamdulillah selamat menyeberang. Ramai kawan-kawan abah dibandar muar, kami di belanja minum kopi setelah membeli belah. Satu perisiwa yang saya ingat ialah seorang teman abah menyampok, ‘anak kau ke ni tup..hitam tak macam kau…’saya menjeling merajuk di katakan berkulit hitam. ‘hei anak aku tak kesah lah hitam ke kuning…dia ni lah yang akan membela aku nanti’ tegas jawab abah. Kata-kata itu menusuk kehati saya kerana ia satu wawasan untuk hidup saya seterusnya. Sifat ketegasan seorang bapa membela anaknya yang di pandang rendah hanya kerana warna kulit merupakan satu kelebihan abah
Di kedai runcit saya di ajar berjual beli dengan harga tertentu. Tapi yang saya nampak ialah akhlak abah yang suka memberi saudara maranya bila bebelanja. Saya tak tau banyak kira mengira masa tu tapi saya pasti di akhir hari akaun di tutup mesti tak pulang modal kerana lebih memberi dari menjual. Sifat abah yang yakin tentang rezeki dari Allah mengajar saya hari ini bahawa tidak akan rugi jika kita suka memberi. Pulanganya berganda. Apa yang saya lihat abah dan anak-anak jarang di timpa penyakit, ini satu fadhilat suka memberi. Jadi kos ubat dan rawatan memang tidak termasuk dalam bujet keluarga kami masa kecil. Yang ada pergi ke Sagil jumpa seorang wak, ambil air doa mentera dan penyakit hilang.
Sifat ketiga arwah abah ialah menjalin silaturrahim antara saudara kedua-dua belah pihak emak dan abah sendiri. Kami akan pergi beramai-ramai menziarahi mak andak di bukit gantang tangkak. Perjalanan masa tu malam gelap pekat, naik kereta hillman beramai-ramai. Tiba tangkak kena cemoh juga kerana kulit hitam. “hai tup.. anak-anak kau ni tak berlaki lah hitam semua..masa tu saya dan kakak saya ngah tipah. Agaknya kata-kata cemoh itu yang membuatkan emak saya melahirkan 7 anak lelaki di bawah saya, barulah norlida yang cerah sikit bila lahir. Abah senang je menjawab cemohan itu. ‘Kalau dia jaga sembahayang, berpelajaran kawinlah dia, mungkin dengan orang berpangkat. Itu doa power,
Seorang lagi emak saudara yang abah akan ziarah ialah mak uteh di serom. Saya suka ke serom sebab arwah mak uteh pandai masak kari ayam kampong dan serunding. Peliknya dia tak makan ayam, katanya ayam makan tahi….saya pun dengar macam tak mahu makan.tapi hari ini saya maka ayam kampong je. Mak uteh positif sikit dengan adik beradik kami dengan kata-katanya ‘ untung kau tup anak ramai, aku ni nak harap siapa…betul telahan mak uteh yang meninggal di mekah di mana urusan jenazahnya anak abah yang uruskan.
Apabila menziarahi adik beradiknya abah akan membawa bekalan asas macam yang pusat zakat buat dengan golongan asnaf hari ini. Dia dan emak akan berbelanja lebih untuk 3 atau 4 keluarga, Bayangkan dengan keluarga yang besar dan memberi orang lain nafkah masih cukup. Saya masih ingat beras hancur dan 2-3 tin biskut yang menjadi bahan makanan kami adik beradik. Saya paling kuat makan di jemkan dengan milo dan susu pekat lagi, mau tak berisi badan. Adik beradik terutama abang nordin mula ejek mak mok…mak mok.. tapi dia ejek seorang dia jadi abah tak tau sangat sifat menegejek yang kami di larang lakukan. Ejekan ni pun doa, hari ini anak-anak abang nordin boleh tahan berisi belaka!
Sifat abah seterusna jangan suka mencaci orang lain. Semua adik beradik akan menerima padahnya. Satu malam kami tidur sederet dalam kelambu. Abah akan kata ‘aku dengar ada orang yang ejek abang nordin dia nak kahwin, mengaku siapa…semua diam. Nah ni ubatnya suka ejek orang..cili di patah di lenyek ke mulut kami yang baru nak tidur. Saya kebetulan tidur paling hujung, dapat baki-baki cili. Nak senyum pun ada sebab tak rasa pun pedasnya. Yang lain meraong kepedasan. Sejak itu kami adik beradik amat baik hubungan dan bermain bersama kecuali kes besar yang perlu di rotan.
Satu dosa besar ialah mencuri. Saya orang yang suka ambil duit shilling abah dalam poket beli kuaci hitam kedai cina sebelah. Satu hari saya tertangkap ‘red-handed.’ Sedang ambil duit. Kena ikat untuk di rotan. Apa saya buat?...menunggu nak kena rotan saya koyakkan baju yang emak baru jahit, terbelah dua baju kurung yang saya pakai. Kena double dose rotan, terkencing-kecing. Sejak itu saya tobat tak mahu mencuri kerana saya dah faham di sisi Allah lagi teruk orang mencuri kena potong tangan sebagai iktibar pada orang lain. Hari ini anehnya orang mencuri cara moden, orang tak tahu dia buat, tup-tup dah masuk akaun duit hak orang. Hai..manusia yang tak takut dosa, buatlah sesukamu. Mujur abah pandai mendidik saya, sampai sekarang jijiknya rasuah sampai ke tulang hitam. Macam mana tak jijik kerana ada suara-suara yang menyatakan kenapa bila suami saya jadi KSU kami tidak kaya macam orang lain? Kenapa tak dapat beri saudara mara kerja baik dan harta sana sini? Ke situ pulak mereka ni. Yang saya tahu suami saya paling takut bila dia jadi KSU lah, solat siang malam minta Allah tolong jauhi maksiat dan ujian kuasa dan pangkat. Bila di minta lanjutkan perkhidmatan sayalah orang pertama yang menentang kerana saya tahu orang lain pun ada hak nak naik pangkat, jangan sekali-kali halang rezeki dan harapan orang, nanti kita di haling dapat rahmat Allah di akhirat. Alhamdulillah, memakai prinsip ini masih belum kebuluran kami sekeluarga hari ini.
Bagi anak perempuan satu akhlak yang abah ajar ialah tidak boleh berutus surat dan main cinta masa belajar. Semua surat-surat kami berdua, saya dan ngah abah buka dulu. Mujurlah saya tak kenal pun orang yang hantar surat pada saya, jadi hanya surat mau berkenalan saja yang terjumpa oleh abah. Kes itu tidak kena hukuman, bukan salah saya.
Namun saya terjebak juga dengan kesah cinta monyet yang menjadi titik hitam dalam hidup saya.
Saya masih ingat masa saya kecil ramai anak saudara emak yang tinggal sama membantu urusan rumah, antaranya arwah kak nun, ngah habsah dan seorang saudara abah dari segamat. Saya tak ingat namanya. Dengan ada pembantu macam tu kami tidak begitu terbeban. Tapi saya masih igat kenakalan saya membuli saudara dari segamat, Dia suruh guntingkan rambutnya, saya tergunting telinganya..berdarah. Lepas tu saya takut nak cuba gunting rambut orang
Sifat abah yang ketara ialah suka menziarahi anak-anak bila kami dah berkeluarga. Macam-macam jenis buah-buahan akan di bawa kerumah kami, rabutan durian, manggis dan sebagainya. Satu hari rumah saya di federal hill ketika itu memang jadi tempat kawan-kawan ber usrah. Bila abah sampai saya masih di pejabat. Dia menalipon ke pejabat..’ eh..kau tak ada rumah tapi orang lain ramai ni apa hal..? terus saya perkenalkan semua ahli usrah saya dan sejak itu abah faham apa erti usrah.
No comments:
Post a Comment