Friday, June 13, 2008


SEMINAR PEMANTAPAN PENGAJIAN AL-QURAN (Almultaqa Al-Qur’an Arrabi’) Dari 02-04 JUN, 2008 DI SUDARA BEACH RESORT BACHOK KELANTAN

Sepanjang 3 hari seminar yang menggunakan bahasa penghantar bahasa Arab banyak KEKESALAN muncul di hati kecil kami. PERTAMA, betapa ruginya kami tidak faseh berbahasa Arab iaitu bahasa Alquran dan begitu indahnya mendengar hujah-hujah disampaikan dalam bahas alAlquran. KEDUA, alangkah HINAnya umat lslam kerana tidak menjaga kemuliaan alquran dan sekolah tahfiz sehingga begitu banyak sekolah terbiar, meminta-minta sumbangan orang ramai. Sekolah tahfiz juga gagal di iktiraf di peringkat antarabangsa kerana sebahagian besar institusi tahfiz alquran di lakukan secara sampingan, kecil-kecilan, bersendirian dan tidak profesional. Produk tahfiz kurang menyerlah dibanding dengan pelajar keluaran Ox-bridge (Universiti Oxford dan Cambridge) United Kingdom, Havard USA atau ijazah daripada banyak negara bukan lslam. Paling-paling keluaran tahfiz dan universiti alAzhar hanya laris sewaktu bulan Ramadhan untuk mengimamkan solat terawih. Di dunia koporat dan kerajaan pelajar tahfiz jarang sekali di beri pengiktirafan seperti mereka yang lulus daripada universiti luar negara, baik dari segi jumlah gaji, kedudukan dan pangkat. KETIGA, betapa RUGINYA saya dan ahli keluarga kerana kurang menekankan pengajian alquran dan hafazan dengan bersungguh-sungguh kerana Alquran adalah harta dan bekalan yang terbesar di alam akhirat. Saya TERHARU mengenangkan hujah ustaz Yakub yang gigih ingin menampilkan kemampuan umat Islam dalam bidang tahfiz Alquran ini terutama jika di kaji dari JANJI Allah dan Rasul kepada mereka yang memuliakan alquran, mempelajarinya, menghafalnya dan mengajarkannya. Alhamdulillah di akhir seminar telah di lancarkan Maktab Tansiq Asia Pasifik yang di sempurnakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Maktab Tansiq merupakan ikatan dan gabungan sekolah-sekolah tahfiz yang menjadi anggota yang terdiri daripada negara-negara China, Thailand (yala, narathiwat dan patani), Indonesia (Acheh, Jakarta), Filipina, Malaysia (ppinang, perak, terengganu dan kelantan). Bagi kami berdua hanya berdoa supaya Kohatsa akan mewakili negeri Johor sebagai anggota baru tahun hadapan kerana memang rasa mulia memperjuangkan tahfiz alquran secara berjemaah, terancang dan bertaraf antarabangsa. Antara resolusi seminar ialah menyelaras kurikulum, tarbiyah dan aktiviti semua pelajar yang belajar di sekolah yang menjadi anggota dan ada kemunginan pelajar-pelajar ini berpeluang ,membuat lawatan ke sekolah di luar negara. Masing-masing mudir sekolah juga meperlihatkan kekuatan masing-masing dalam mengemudikan institusi mereka yang boleh dijadikan contoh antara satu sama lain. Dalam vcd dari negeri Cina saya lihat disiplinnya anak-anak tahfiz mempelajari alquran dan begitu ramai sekali. Saya rasa ini sahaja jalan untuk kita tampil dalam arena antarabangsa. Dalam umur yang mencicah warga emas kini saya diam-diam memasang azam untuk menguasai bahasa arab dan menghafal Alquran yang memang telah lama menjadi impian saya yang belum kesampaian.

No comments: