DARI LANGKAWI KE SINGAPURA
Alhamdulillah dengan izin Allah saya dan suami dapat menjelajah sepanjang semenanjung Malaya dalam tempoh seminggu. Nukilan ini saya kongsikan kerana banyak peristiwa yang menyentuh hati sepanjang perjalanan tersebut yang boleh di jadikan iktibar.
Bagi saya dan suami yang masing-masing pesara kami insaf betapa besarnya anugerah Allah kepada kami selama ini. Perkara yang saya tidak pernah terfikir ialah menjadi isteri seorang Ketua setiausaha (KSU) kementerian yang terdapat disana pelbagai keistimewaan, antaranya perjalanan penerbangan udara kelas satu atau business, ada yang percuma atau diskaun. Mulanya kekok juga jadi VVIP, almaklum orang kampong yang tidak suka membuang akhlak kekampongannya yang ibu bapa saya ajar iaitu jangan berlagak. Saya lemas kalau orang melayan saya macam raja dan kena jaga penampilan ‘standard vvip’. Sebaliknya saya marah juga kalau orang langsung tidak melayan pelanggan atau memilih-milih melayan orang lain hanya kerana status vvip.
Biasanya saya membodokan diri dalam pesawat sampai-sampai pramugari memang anggap saya orang kampong yang tidak pandai berbahasa inggeris! Apatah lagi orang bertudung litup dan labuh! Isu di sini bukan tudung atau kampong tapi masyarakat kita yang di budayakan dengan akhlak orang barat! Suka nilai orang cara luaran dan kebendaan. Sekarang ini saya tidak kekok lagi malah merasakan banyak keselesaan kalau kita wargamas ini di benarkan duduk kelas pertama dan business. Panggilan mak cik ke, datin ke dah tak jadi maslaah, yang saya tahu saya berhak di beri khidmat sebagai manusia yang bermaruah, terutama maruah umat Islam.
Di Langkawi kami menginap di Pelangi Beach Resort (PBR), chalet suite kelayakan seorang ahli lembaga pengarah Langkawi Cable Car Berhad (LCCB). Sewa musim cuti RM1000 semalam tapi ketika kami menginap waktu pelancung masih kurang harganya RM600 semalam. Pengurus besar LCCB sediakan sebuah kereta dengan pemandu untuk kami guna semasa di langkawi tapi saya menasihatkan suami agar tidak menyusahkan pemandu bila lepas waktu pejabat kerana dia pun ada anak isteri yang perlu di raikan. Begitu juga kami di benarkan guna suite selama mana kami berada di langkawi kerana status lembaga pengarah layak di beri keudahan tersebut. Sekali lagi saya menasihatkan suami agar guna suite untuk hari mesyuarat sahaja kerana selepas waktu itu di anggap rasuah dan haram. Memang ramai yang pelik dengan sikap kami, tapi inilah haikatnya kerana pada kami kalau iginkan keberkatan hidup jangan sekali-kali kita melampaui batas, kerana lawan berkah ialah kerugian.
Biasanya saya mesti rancang untuk isikan masa sewaktu suami bermesyuarat. Kali ini saya fokus untuk melihat perniagaan anak seorang ibu tunggal di langkawi. Ibu ini pernah menghadiri program latihan saya bernama ‘mawaddah’. Pagi hari kedua saya sampai ke Langkawi Fizah nama anak ibu tunggal tesebut datang menjemput saya di PBR dan terus membawa saya ke resturannya yang terletak di lokasi LCCB, dekat Burau Beach dan gunung Mat Cincang. Saya menikmati char kue teow specialnya yang memang enak harga RM5 sepinggan. Fizah terus bercerita yang perniagaannya kadang-kadang terhutang dan tak cukup membayar gaji pekerja kerana tuan kedai menetapkan bayaran sewa 15% hasil jualan harian yang belum di tolak modal. Pendapatannya merosot kerana akhir-akhir ini tuan kedai menjual air sendiri sedangkan 9 orang pekerja dan pelayan semua di tanggung Fizah. Telah berkali-kali rungutan di suarakan namun tuan kedai berpendapat bila-bila boleh tamatkan perjanjian kerana ramai orang lain yang sanggup ambilalih perniagaan Fizah. Saya terkesan dengan kesah ini kerana saya amat faham betapa renyahnya kalau berniaga makanan dan alangkah sedihnya jika usaha tidak memberi pulangan? Untuk menenangkan suasana kami berjalan-jalan meninjau pelbagai gerai jualan di sekitar LCCB. Anihnya kedai banyak yang serupa, barang jualan pun tak banyak beza. Rupa-rupanya hanya dua tiga kerat taukeh yang memiliki gerai yang di pamer disitu, khabarnya orang politik pemerintahan BN. Yang menariknya ramai pelancung berbondong-bondong datang ke LCCB antaranya di situ terletak geopark yang di gezet sebagai geopark dunia. Satu yang menghairankan saya tidak ada kraf buatan Malaysia kerana di penuhi kraf negeri cina dan Indonesia.
Esoknya suami tidak lagi bertugas resmi. Kami menginap di AB beach motel, berhadapan pantai cenang, motel baru, bersih, selesa dan berhawa dingin. Sewa RM150 semalam. Pagi-pagi terus menjemput Rafidah yang datang dari UUM sintok melalui Kuala Perlis. Kononnya kami masing-masing nak beranikan diri naik cable car, tapi terpaksa di tangguh lain kali kerana kesuntukan masa. Kami sempat melawat ‘the Loaf’ iaitu kedai roti kepunyaa Tun Mahathir. Aneka roti di sediakan di Sutera Harbour tempat yatch berlabuh. Sayangnya pembangunan tempat tarikan pelancung itu belum sempat sempurna dan Tun Mahathir pun dah hilang kuasa sekarang, susahlah dia nak sambung projek terbengkalai itu. Selepas menikmati makan tengahari ikan bakar dan ketam sambal yang di masak Fizah sendiri kami sambung lawatan ke gerai semalam dan berhasrat untuk membantu fizah memiliki premis atau tempat berniaga hak sendiri di LCCB. Anihnya dalam kesempitan pun Fizah menghulr RM50 untuk sedekah program infaq atau anak yatim yang kami kendalikan di Shah Alam. Iktibarnya sifat pemberi itu bukan untuk orang yang senang dan semasa senang sahaja. Saya tersentuh juga dengan sikap memberi Fizah dan mendoakan keberkatan hidupnya.
Sebelum berlepas balik ke UUM Rafidah sempat menyatakan akan ke Singapura tiga hari lagi kerana anaknya Kamal Shafiq bekerja di JB. Kesah Rafidah yang menyara 2 anak-anaknya setelah di cerai suaminya kerana perempuan lain ini memang menyentuh hati saya. Tiba-tiba saya terfikir ingin bersamanya untuk menemui seorang ahli jawatankuasa masjid Istiqamah Singapura yang akan membuat lawatan ke Shah Alam pada 31 Mei akan datang. Sertamerta kami bersetuju akan ikut beliau dan anak-anak ke Singapura. Urusan pun di atur dengan En Bakar sebagai pemandu pelacung menaiki van dari JB.
Esoknya kami berlepas balik ke KLIA. Sekal lagi Fizah dan keluarga memberi kali ini satu pakej udang segar. Susah juga kita kalau berhadapan dengan orang yang suka memberi ni, ada sahaja yang kita tidak dapat mendahuluinya. Sebelum itu di fahamkan status tiket penerbangan saya ‘standby’ kerana penumpang penuh. Sebabnya tiket saya ialah tiket percuma, baki-baki kemudahan yang di perolehi suami semasa menjadi KSU. Suami saya punyalah panik sebab saya hanya sehelai sepinggang kerana beg semua telah check in. Saya biasa sahaja, jika di takdir akan tinggal lagi menunggu flight ke klia saya tidur rumah fizah kerana langkawi ini bukan baru bagi saya yang biasa membuat program dengan KEDA 3-4 tahun lalu.
Tiba-tiba saya tersetuh hati melihat kerenah suami saya kerana baru saya sedar betapa sepinya seorang suami tanpa isteri di sisinya dalam saat umur mutakhir. Saya mula insaf betapa ramai suami yang kurang mendapat layanan isteri bila umur meningkat tua. Alasan yang di beri dah tua, jaga cucu, jangan nak mengada-mengada dan sebagainya. Saya amat yakin dengan peristiwa suami saya panik saya tak dapat tempat penerbangan ini bahawa dia amat perlukan saya sentiasa berada di sampingnya. Seruan saya kepada isteri yang bersuami hendaklah rasa bersyukur kita di beri Allah pasangan hidup dan memerlukan kita. Kalau Allah izin kita mesti rancang untuk berada di sisinya hingga ke syurga! Syaratnya kita kena sama-sama beriman, bertaqwa, berdoa, berjemaah, bersyura, dan sayang menyayangi sepanjang hayat. Memang banyak perkara boleh di lentingkan dalam perhubungan suami isteri tapi akhlak isteri muslimah harus mendahului dengan kita banyak bersabar, lemahlembut dan melayani suami semampunya, jangan sekali-kali membulinya! Contoh buli ialah tidak menghargainya, kurang melayan cakapnya dan tinggi suara dengannya bila menegurnya atau memandang rendah statusnya.
Tiba di KLIA Ahmad Shukri siap menunggu dengan Honda legend. Terkejut juga bila Kamardin mengotakan janjinya ingin memberi saya kereta yang hebat juga almaklum 230cc kereta besar. Tersentuh juga hati saya dengan khidmat kamardin ni kerana kerap dia menyebut bahawa saya menyaranya waktu belajar di UITEN. Saya pun tak ingat, tak pernah ingat dan tak mau ingat apa sumbangan saya kepada orang lain kerana saya berpegang kepada prinsip ‘ tak perlu terimakasih kepada satu tanggungjawab’. Sesiapapun jika menunaikan tanggungjawab tak perlu harap terima kasih, biar Allah menilainya. Kalau orang berterima kasih tu akhlak masing-masing yang Allah tak pernah abaikan terutama terimakasih anak kepada didikan ibu bapa mereka.
Setiba di rumah saya menyediakan surat kepada Pengurus Besar LCCB meminta ruang niaga untuk NGO saya di LCCB. Di harap perkara ini dapat sambutan yang baik kerana ia akan membantu Fizah dan perniagaannya di LCCB.
30 hb hari rabu roadtax Honda legend tamat. Saya hajat nak perbaharui, rupanya kamardin dah mendahlui saya. Anih perangai kamar ni, kita pakai kitalah yang bayar roadtax. Tercetus dalam hati saya tidak mahu jadi penerima. Tambahan saya jarang menggunakan kereta dan jarang memandu sendiri. Rupanya ada ahli keluarga saya yang masih mentah sikap berhajat nak pakai legenda itu, saya agak terkilan mengapa setengah sikap manusia suka melihat hak orang lain dan kurang bersyukur dengan apa yang ada. Terus saya beritahu kamardin akan memulangkan kembali honda legendnya. Semoga Allah berkati nawaitunya yang Quddus nak beri kemudahan kepada kakaknya yang boleh menanadingi peranan ibu. Mungkin dia tahu saya banyak ujian, kerja dan tanggungjawab. Saya berdoa kamardin dapat ganjaran khidmat bakti yang setimpal daripada anak-anaknya yang hebat-hebat kedudukan mereka sekarang.
Tengahari yang sama saya dan suami menaiki bas ekspres eksekutif Shah Alam-JB. Berlaku insiden seorang wargamas wanita India hilang dompet dokumen dan duit RM800 di dalamnya. Terjerit-jerit dia dalam bas bertanya siapa ambil dompetnya seolah-olah menuduh beberapa orang penumpang indon mencopetnya. Suami saya bingkas membantu mencarikan dompet tersebut, dari depan ke belakang bas, namun tak jumpa. Wargamas India dah naik semput, tak mudah bernafas kerana katanya dia berpenyakit. Kami berdua menenangkanya dengan kata-kata peransang, contohnya jika hilang sikit nanti Allah ganti lebih banyak dan seruan agar redho kerana ini ujian kecil. Kami juga menasihatkan dia membuat laporan polis setiba di JB kerana nak dapatkan dokumen kp dan kad pencen perlukan laporan polis. Seketika dia tenang di masukkkan tangan di celah tepi tempat duduknya, masyaAllah ada dompetnya. “Thank you Mr Gentleman’ dia mengucap terimakasih kepada suami saya. Saya pun beritahu dia agar bersyukur kepada Allah yang mengizinkan dia dapat semula dompetnya dan bergurau agar dia belanja kami bila bas berhenti nanti. Dia setuju. Malangnya bas hanya berhenti sekali untuk penumpang buang air di tempat yang tiada jualan makanan. Dia juga minta maaf dengan semua penumpang yang di jergahnya awal tadi. Saya beri dia satu keychain yang tertlis ‘subhanallah’ sebagai tanda dia kena memuji Allah. Saya beri juga kad NGO saya. “oh..datin ya you.” Saya pun jelaskan tidak ada apa-apa pada pangkat serupa itu kalau kita tidak ada sifat mulia yang berpadanan dengan pangkat tersebut.
Wargamas India mula bercerita tentang kesah hidupnya, keluarganya dan politik semasa. Yang jelas dia tak suka samy velu..’itu orang sudah tipu kita rakyat india’ saya dan suami senyum. Tiba-tiba dia bertanya suami saya..’sori ya you adik beradik anwar ibrahim ke, ada sama rupa..? Kami menafikan dan dia terusterang harapkan anwar ibrahim dapat jadi pemimpin. Saya dan suami angguk. Pada kami tidak ada komproi dalam nilai pemimpin, mesti beriman dan bertaqwa. Tak kira siapa jika menepati dua syarat itu jadilah pemimpin yang berkesan, malah saya doa jika ada pemimpin bukan islam yang baik supaya Allah beri hidayah iman dan islam padanya. Yang peliknya ramai pemimpin dan bekas pemimpin islam yang tidak layak telah menipu diri sendiri kerana mutakhir ini keluar kesah-kesah anih siapa dan bagaimana akhlak mereka yang di hinakan Allah untuk orang ramai tahu. Nauzubillah.
Satu kesah wargamas India yang saya tersentuh ialah dia menjadi ibu tunggal puluhan tahun sebelum suaminya mati di rumah wanita simpanannya. Daripada kesahnya baru saya faham bagaimana kehidupan dan cara hidup seorang India di Malaysia ini. Katanya jika suami bermain kayu tiga dia tak boleh berkahwin dan bila suami mati, isteri pertama akan dapat mewarisi harta seperti dia hari ni dapat pencen suaminya sedangkan perempuan simpanan tinggal begitu sahaja walaupun dia ada seorang anak dengan bekas suaminya. Baiknya dia ada menyebut bila anak mendiang suami mencapai 21 tahun dia hajat nak beri sedikit sumbangan kepadanya. Anih tapi ini kesah masyarakat. Baru saya insaf bagaimana kita lalai tidak berdakwah kepada orang bukan islam di negara ini kerana katanya dua orang adik beradiknya ada yang memeluk agama islam. Dari ceritanya dia nekad nak tebus kesah sedih hidupnya dengan mendidik anaknya yang 5 orang dengan pendidikan yang baik dan telah berjaya hari ini menjadi orang professional, antaranya akauntan, peguam, ahli sains dan bidang it. Sekali lagi saya insaf bagaimana orang melayu islam mengabaikan pelajaran hingga ada yang langsung tidak memiliki sebarang sijil tanda pernah belajar di mana-mana. Melihat dari kacamata keadilan Allah saya akur kita jangan sekali berputus asa dengan taqdir kerana Allah akan balas kita setimpal dengan usaha yang kita lakukan. Hari ini wargamas India tadi, namanya meenachi, sering berkeliling Malaysia menziarahi anak-anaknya, ada d kelang, di JB, d pulau pinang dan melaka. Seronok dengar dan lihat tapi hakikatnya dia kesepian begitu lama ingin beramal tapi kalau bukan dalam kerangka agama yang Allah redho iaitu islam, amalnya jadi tak soleh, hanya untuk kepentingan diri dan anak-anak sahaja. Kadang-kadang dia turut menolong orang kampongnya yang susah katanya. Kesimpulannya betapa kita umat islam beruntung dan dapat megharap amal soleh di akhirat kerana akidah kita yang kukuh kepada Allah dan Rasul iaitu Nabi Muhammad penutup para Rasul.
Kesah ini tak banyak beza dengan cerita seorang wargamas melayu yang saya jumpa sehari sebelum ini. Dia di cerai suami dan di rampas dua orang anaknya yang masih kecil. Apabila dia berkahwin dengan seorang mat saleh, rumahnya di bakar dan duit insuran rumah satu sen dia tak dapat. Dia terus ikut suaminya keluar negara dan baru pulang setelah lebih 20 tahun merantau. Sepatah kataya yang sata ingat ’ ketika itu saya macam sampah…suami saya dan keluaranya orang yang ada kuasa, semua dia boleh buat, halang saya lapor polis, polis dan mahkamah tak ambil tindakan sampai dia mati kanser, itulah yang saya selalu beritau orang lepas saya bercerai..suami saya dah mati kena kanser!’ anih hidup masyarakat tak berpedoman iman dan taqwa, buat sesuka hati, akhirnya semua menemui Allah juga.
Di Jb dan singapura kami melalui pengalaman indah menaiki cable car, menonton filem 3 dan 4 D semacam naik roller coaster. Saya mengesyurkan LCCB adakan tayangan 4D “log ride” iaitu pengalaman kita macam kayu balak yang di potong, di gergaji dan di humban ke laut…wow best!
Kami makan capati terbaik kedai Pakistan jalan noris Singapore dan bersolat jamak di masjid India yang bersih, almaklum singapura. Duit tukaran RM465 dapat SD200 sahaja langsai bila balik ke JB. En bakar pula jenis yang pandai jadi jurupandu, merata dia bawa kami menjelajah singapura tak terkecali gelang serai. Yang baiknya balik jam 5.00 petang, kemudan terus ke kukup, pontian dan tanjung piai tanah terhujung benua asia! Makan seafood di restoran tengah lautan! Tapi malam hari, nampaklah lampu berkelipan di sepanjang perairan singapura. Jam 3 pagi en bakar baru sampai balik lepas menghantar kami ke JB. Terimaksihlah khidmat bakti en bakar.
Di Singapura juga satu jalinan silaturrahim di buat dengan Puan Zuraidah wakil Masjid AlIstiqmah. Cantiknya dia baru kembali daripada program ESQ di Batam dan akan pergi lagi selaku alumni. Dia akan ke KL mengikuti kursus masakan frozen food 17hb Mei dan akan mengetuai lawatan ibu-ibu masjidnya ke Shah Alam pada 31 mei. Di saat saya sedang mencari ide bagamana nak meningkatkan ekonomi ibu-ibu tunggal mawaddah puan zuraidah menunjukkan costume jewellery yang di buatnya sendiri setelah belajar daripada seorang mat saleh disingapura. Terus saya tawar dia jadi sukarelawan NGO saya dan minta ajarkan asas membuat brooch. Saya berdoa program ini dapat di mulakan diShah Alam dan di panjangkan kepada ibu-ibu berpendapatan rendah seluruh Malaysia.
Waktu pulang ke Shah Alam kami sekali lagi menaiki bas express dari JB. Pertama kali saya melihat suami saya berang bila dia di tipu agen tiket yang menyatakan boleh naik bas mana-mana sahaja, terutama yang akan berlepas 2.45 petang. Berlari-lari kami menolak luggage sedangkan orang biasa naik bas express bawa beg bimbit sahaja. Dia marah sebab pemandu bas terus berlalu tanpa memberi kami peluang bertanya, hampir di gilis layaknya. Itu pengalaman seorang vvip naik bas! Lepas itu saya redakan marah suami saya supaya bersabar..jika perlu naik bas lain dan bayar tiket lain biarlah..dah tak terkawal kalau agent tu nak tipu orang, bukannya selamat orang meniupu ni. Jangan kita tak jaga kesabaran dan kita pula yang collapse (jatuh pensan) dek marah. Barulah kami faham nak naik bas express sekarang memang kena jihad kerana sistem consortium agen akan cari penumpag, mana-mana bas yang kosong kami akan di serahkan.
Kesimpulan coretan dari Langkawi ke Singapura ingin mencetuskan kesah masyarakat yang selalu kita terlepas pandang kerana kita tidak duduk dalam dunia mereka. Mungkin dunia kita lain dan lebih selesa. Mungkin ada adik beradik kita sendiri yang melalui penderitaan yang sama kita jarang tinjau dengan baik, pukul beres sahaja. Ini kena ubah, antaranya diri saya sendiri yang kena ambil tahu hal anak saudara, ada tarbiyah ke atau pakat mereka sama dengan orang lain tercari-cari. Semoga program Kohatsa dapat membantu rancang, terutama kohatsa 2.
Azam saya ialah baki hidup saya dapat sentiasa mendampingi suami saya, tidak mahu berjauhan daripada sisi beliau dan cuba laksanakan kerja amal bersama. Balik dari JB keesokannya awal-awal pagi kami ke program anak yatim sekolah tahfiz al amin di Cenderong Balai teluk intan bersama jemaah wanita surau attaqwa. Suami saya membacakan doa kalimah akhirah menamatkan program dengan airmata. MasyaAllah..saya amat tersentuh kerana airmata adalah ubat hati yang gersang dan kekeringan sentuhan kasih sayang di kalangan anak-anak terbiar di rumah anak yatim tersebut. Semoga Allah mengizinkan hidup kita di penuhi ketaatan, kepatuhan kepada yang hak, elak diri dari terjebak dalam maksiat, keburukan dan kerja yang Allah tak redho.
Sekarang ini saya menginap di Hotel Impiana Casuarina Ipoh perak selepas menziarahi cucu ikhwan mujahidin dan bapanya di seri manjung. Suami saya ada mesyuarat Ipoh Container terminal (ICT) dan akan terus balik untuk satu lagi pertemuan dengan bar council di KL. Malam nanti akan ziarah keluarga emak suadara suami saya yang meninggal dunia 1 mei lalu. Satu hari yang pack, alhamdulillah Kau izinkan kami berguna di dunia ini Waallau’alam
Bilik 519
Hotel impiana casuarina
5 mei 2008
No comments:
Post a Comment