Sunday, June 22, 2008

PERKAHWINAN YANG DIBERKATI ALLAH

Macik Noli e.mail kepada Pakman post seperti tajuk diatas.
Terima kasih macik..semoga anak anak semua dapat manaafaat daripada
tulisan Makcik.

Perkahwinan Yang Diberkati Allah
Tahniah kepada semua ahli keluarga yang telah melalui proses perkahwinan yang diredhai Allah. Pengantin yang mengharapkan perkahwinan yang diberkati Allah, InsyaAllah bakal melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Zuriat inilah kelak yang akan menyejukkan hati ibu bapa sepanjang hayat bahkan yang penting sekali bakal membahagiakan ibu bapanya di akhirat kelak. Matlamat mendirikan ‘masjid’ atau baitul muslim (rumah tangga Muslim) mestilah berbeza dengan rumah tangga ‘non muslim’.

Bahagia rumah tangga Muslim tidak sama dengan bahagia rumah tangga non-muslim. Matlamat kebahagiaan rumah tangga Muslim tidak terpisah dari matlamat untuk mendapatkan keredhaan dan pujian dari Allah SWT. Inilah visi kehidupan suami isteri Muslim. Allah adalah matlamat kita. Sebaliknya bahagia rumah tangga non-muslim semata-mata mengharapkan ganjaran dunia dan kepuasan hawa nafsu. Dunia dan hawa nafsu ini kelak yang akan mengheretnya ke jurang neraka.

Bertaubat dan betulkan kesilapan

Ramai ahli masyarakat tidak sedar bahawa cara mengadakan majlis perkahwinan dan pertunangan banyak memberi kesan positif atau negatif kepada planning mereka untuk melahirkan zuriat yang soleh. Mereka hanya tahu bersungut jika anak degil tak minat atau tidak cenderung pada agama Islam. Tapi mereka lupa apa yang mereka telah lakukan sebelum, semasa dan selepas mereka berkahwin. Sejarah hitam pasti berulang jika kita tidak ’break’ dengan ilmu dan penghayatan agama yang mendalam seikhlas hati.

Sketsa I

Anak : Ibu dan ayah tak nak tengok ke gambar pertunangan Laila? Terkejut beruk tengoknya...dah le ’make-up’ tebal macam pelakon wayang Cina, baru bertunang dah ambil gambar bersalam dan cium tangan tunang...

Ayah : Astaghfirullah al ’azim, betul ke? Patut le di Mekah lagi hati ayah ni tak nak menanya-nanya pasal majlis pertunangan tu, jauh lagi nak ucap Tahniah. Kita ucap takziah pada keluarganya kerana adanya campur aduk maksiat dalam pertunangan keluarga Islam.

Ibu : Nampaknya usaha buat tazkirah lebih setahun dalam keluarga ni... macam mencurah air di daun keladi, tak berkesan langsung di hati ibu bapa dan anak- anak. Ibu kesiankan ayah, berusaha mati-matian demi keluarganya tapi disia-siakan oleh ahli keluarganya sendiri (adik beradik dan anak-anak saudara).
Lihatlah siang tadi, adik perempuan kandung ayah keluar rumah macam nyonya tak pakai tudung, tak ada rasa berdosa langsung. Kesian tengok ayah, nak tegur tapi nak jaga hati adik. Anak ibu jangan sekali-kali kecewakan ayah, ayah penat!..(tergenang air mata)

Ayah :Hati mereka belum rasa nak faham Islam. Ayah bersyukur, ramai sahabat-sahabat yang menghargai dan menjadi pendukung yang kuat dalam kerja dakwah ini. Isteri dan anak ayah adalah sahabat yang paling memahami hasrat ayah. Penat macam mana sekalipun, tugas ayah dalam keluarga ayah akan ayah teruskan sampai mati. Anak ayah akan teruskan tugas ini kalau ibu dan ayah dah tiada lagi di dunia ini.

Anak : Insya Allah, doakan panjang umur dan dapat ’sebaik-baik perhiasan di dunia’.

Ibu : Itulah yang ibu doakan sepanjang berada di Mekah dan Madinah dan di waktu sujud terakhir setiap kali solat. ”Ya Allah , jodohkanlah anakku dengan sebaik- baik wanita yang bakal menghuni syurga-Mu”. Ibu doa sampai menitis air mata, penuh harap Allah kurniakan sebaik-baik perhiasan dunia untuk anak ibu.

Ayah : Tepat pilihan anak ayah. Sabda Nabi saw ”sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri solehah”. Barulah doa ”ya Allah kurniakan kebaikan untukku di dunia dan akhirat” akan dimakbulkan oleh Allah. Insya Allah. Anak ayahlah satu-satunya harapan yang akan meneruskan majlis walimah yang diberkati Allah. Mudah-mudahan cucu cicit ayah kelak lebih soleh dan solehah, dan menyenangkan hati anak dan menantu ayah. Insya Allah.

Sketsa II

Babak I

Hj Inal : Jom kita sandingkan anak Hj Ali ni. Mak
bapak dia dulu tak nak bersanding. Takut
kempunan nanti.

Hj Imiahus: Ha cepat, naik pelamin tu. Orang semua
kawin bersanding, mak bapak kau haram
tak nak bersanding. Jangan menyalahi adat
kita. Bersanding tu kan adat Melayu....

Babak II

Anak Hj Ali : Kesian Pak Inal dan Pak Imiahus, dah pergi
Haji dan umrah banyak kali, tapi tak
faham-faham bersanding tu adat Hindu,
rukun Hindu ke – 13. Apa hukum kita
campur adukkan rukun Hindu dengan
Islam ayah?
Hj Ali : Kalau sayangkan AQIDAH, lebih baik
jauhi perkara-perkara yang boleh
membatalkan syahadah kita. Kahwin ini
adalah planning seumur hidup. Cuba fikir,
mungkinkah Allah berkati dan redhai
perkahwinan yang bercampur aduk dengan
rukun Hindu?
Isteri Hj Ali :Yang nak bersanding sangat tu
Nafsu bukan Iman. Sahabat-sahabat
Rasulullah saw, salafus soleh dan Tabiien
tak bersandingpun tapi lihat zuriat
mereka, Masya Allah hebat-hebat belaka
dalam mendukung Deen Allah.




Sebaik-baik Perhiasan Dunia

Rasulullah saw. sendiri termasuk orang yang mencintai wanita. Beliau bersabda, "Dijadikan aku menyukai wanita dan wangi-wangian. Dan, dijadikan kesejukan mata hatiku di dalam shalat."
(HR An-Nasai dan Hakim).

Selain itu, diterangkan dalam hadis lain, "Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Jika ia (suami) memandangnya, dia (isteri) menyenangkannya. Jika suami memerintahkannya, dia mentaatinya. Jika suami tidak berada di sisinya, dia senantiasa menjaga dirinya dan harta suaminya."
(HR Muslim, Nasai, dan Ibnu Majah).

Meskipun sudah tahu bahawa kehidupan akhirat lebih utama, tetapi kebanyakan manusia tidak menempuh jalan untuk menggapainya. Jika manusia disuruh untuk memilih dua hal berikut: "mulia di dunia tetapi sengsara di akhirat dan mulia di akhirat namun sengsara di dunia". Manusia akan membuat satu pilihan lain iaitu mulia di dunia dan mulia di akhirat. Itu memang idealnya. Atau, minima dia akan mulia di akhirat meskipun sengsara di dunia. Itu pilihan mereka, tapi pada kenyataannya itu hanya pilihan belaka dan mereka tidak mau mengambil risiko, atau berusaha sekuat tenaga untuk mendapatkan kemuliaan di akhirat, yang kemuliaan tidak semudah itu.

Jadi, seharusnya segala hal yang kita upayakan dan semua aktiviti yang kita lakukan adalah "akhirat oriented", agar setiap langkah kita yang gerakkan, setiap keringat yang kita cucurkan, dan setiap pengorbanan yang kita persembahkan mempunyai nilai di sisi Allah SWT dan menjadi catatan kebaikan bagi kita yang akan sangat dibutuhkan kelak.

Jangan sampai kita banyak mengorbankan sesuatu, tetapi pengorbanan itu sia-sia saja di sisi Allah, sebaliknya tidak mendapatkan kebahagiaan akhirat melainkan hanya dunia saja. Kerana, boleh jadi sebahagian orang telah disegerakan balasan kebaikannya di dunia ini, iaitu apa yang mereka upayakan sudah dibalas oleh Allah pada kehidupan dunia. Tapi sayangnya jika kita mengenepikan syariat Allah atau mencampur adukkan syariat Allah dengan budaya bukan Islam (bersanding, tiup lilin kek hari jadi, bersalaman dengan tunang dsb) kita hanya dapat menikmati dunia dan menuruti hawa nafsu sepuasnya, sebaliknya akan diazab di akhirat nanti. Na'udzubillah. Bertaubatlah. Break segala kejahilan ini dengan ilmu Islam. Hayati Islam sejujurnya, barulah keluarga kita semua akan selamat dari generasi ke generasi.

No comments: