JATIDIRI 5
Jatidiri ada kaitan dengan cara kita memahami sesuatu dan ‘taddabur’ dengannya. Maksud taddabur ialah memikir, menghayati dan mengembangkan sesuatu yang kita faham dengan jelas semata-mata kerana patuh kepada arahan Allah dan ingin mencari redhoNya dalam semua keadaan.
Orang yang di beri kuasa kepimpinan contohnya jika kurang taddabur akan mudah melakukan sesuatu tanpa memikirkan hak orang lain. Contohnya seorang pemimpin yang biasa dengan kemewahan akan melihat kemiskinan dengan sebelah mata. Mereka akan kata biasalah ada orang miskin, dia orang dah biasa dengan penderitaan dan dah terima hakikat tersebut. Jika ingin jadi kaya mereka mesti ikut cara dan cakap aku.’ Penyelesaian mudah ini memungkinkan pemimpin yang rendah jati diri memerangkap orang susah dan jahil menjadi pengikut setia mereka dan akhirnya si miskin akan di paksa melakukan sesuatu sekalipun bermaksiat. Apa yang saya maksudkan ialah seorang pemimpin bertanggungjawab untuk memuliakan seseorang bukan dengan cara mengikut perentahnya tetapi mengangkat dan memertabat nilai diri orang miskin ke taraf yang sama dengan mereka supaya berlaku di sana kesatuan hati atas dasar akidah kerana yakin dengan ayat Allah bahawa ‘semulia-mulia kamu adalah yang bertaqwa, bukan yang berpangkat, berharta atau dari keluarga bangsawan.
Orang yahudi yang menindas rakyat palestin adalah antara manusia yang rendah jatidiri bila menyatakan ‘rakyat palestin dah lali dengan hidup melarat selama lebih 60 tahun dan mereka akan dapat menyesuai diri menjadi pelarian’ sedangkan kemelaratan rakyat palestin berpunca daripada yahudi zionis merampas dan menjajah tanah rakyat palestin. Dalam buku ‘From Beirut to jerusalem’ oleh seorang sukarelawan dari singapura Dr Ang swee chan beliau menulis sikap rendah jatidir orang barat dan yahudi seperti berikut ; many westerners thought life in the middle east was less precious and that one should not apply western standard of life and death to the Palestinians, they are immune to pain.; saya tak akan terjemah kata-kata ini tapi Dr Ang menyatakan sikap ini ‘evil’ atau jahat bersifat ke’iblis’an. Cara dan sikap rendah jatidiri masyarakat barat dan yahudi kepada rakyat palestin inilah yang di contohi pemimpin yang rendah jatidiri termasuk di Malaysia. Mereka di tampok kepimpinan merasai hanya mereka yang berhak senang, maju dan selesa, rakyat yang lain terbiar menjadi hamba abdi mereka bertahun-tahun mengundi mereka tanpa jemu dan menerima hakikat ‘dah nasib’ Inilah yang salah kerana kedua-dua pihak pemimpin dan rakyat di kuasai oleh sikap feudal, yang memerintah dan di perintah.
Satu cara keluar dari sikap rendah jatidiri ialah bersedia menerima dengan rendah hati hakikat bahawa kuasa yang memerintah ialah Allah dan yang hamba ialah semua manusia termasuk si kaya, pemimpin dan rakyat miskin. Tinggi jati diri mereka ialah jika mampu mentaddbur hakikat ini sampai ke hati supaya dapat melihat sesuatu dengan penuh tanggungjawab dan meletakkan yang hak kepada yang sewajarnya. Seorang pemimpin Arab menyebutkan prinsip kepimpinan ialah memberi kepada yang meminta, memaafkan yang jahil dan berusaha keras untuk kebaikan mereka. WaAllahu’alam
.
No comments:
Post a Comment