Friday, June 13, 2008

KERTAS CADANGAN MEMBANGUNKAN MAHAAD TAHFIZ UTHMAN AL AFFAN DI JALAN SOLOK TANGKAK JOHOR


TUJUAN

Berikutan lawatan Ustaz Yakub dan Mas Othman ke Tangkak untuk meninjau pembinaan mahaad tahfiz cawangan Almanar di Tangkak di maklumkan bahawa hanya satu kawasan iaitu tanah di Jalan Solok sesuai buat permulaan untuk maksud tersebut. Ini di sebabkan mengujudkan mahaad kena mengambilkira kemudahan pelajar dan keluarga menziarahi dan keselesaan guru untuk tinggal di tempat mengajar.

LATARBELAKANG

Ustaz Yakub selaku mudir Almanar telah menjemput dua ahli Kohatsa menyertai Seminar Tahfiz Alquran di Bachok baru-baru ini dan di fahamkan sebuah gabungan sekolah-sekolah tahfiz Asia Pasifik telah pun di persetujui untuk memertabatkan sekolah tahfiz ke tahap antarabangsa dari segi kurikulum, pengisian modul dan aktiviti pelajar.

Di galakkan agar Kohatsa segra merancang membina Mahaad tahfiz di Tangkak supaya tidak ketinggalan dalam perancangan Asia Pasifik. Di cadangkan juga agar ia bermula di kawasan Bandar Tangkak supaya mudah di kunjungi dan promosi mudah di jalankan.

RASIONAL MENUBUHKAN MAHAAD TAHFIZ ALMANAR

Alquran merupakan cahaya di bumi yang Nampak di langit sama seperti bintang di langit yang menerangi bumi. Ia memberikan petunjuk kepada hati yang gelap dan jalan terbaik untuk memulihkan diri, ahli keluarga dan masyarakat. Harapan kohatsa agar anak-anak, cucu, cicit, saudara mara dan kenalan dapat mengisi dada masing-masing dengan kebesaran ayat suci alquran. Alquran memberi syafaat kepada insan di alam kubur dan barzah. Ia menjadi teman sejati dalam kesempitan.

Dalam sebuah hadis Muslim dan Abu Daud, Hadrat Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda ” Tidaklah berkumpul orang-orang di salah satu rumah-rumah Allah (masjid atau mahaad tahfiz), membaca alquran dan membacanya kepada satu dengan yang lain (taddarus dan belajar) melainkan di turunkan ‘sakinah’ (ketenangan) ke atas mereka, ‘rahmat’ meliputi mereka, para malaikat mengelilingi mereka dan Allah SWT menyebut mereka di perkumpulan malaikat-malaikat.”

Hadis ini menerangkan kelebihan madrasah, mahaad atau institusi yang mempunyai kemuliaan ‘sakinah’ yang diturunkan kerana bacaan alquran.

CADANGAN

Di cadangkan tanah di Jalan Solok di jadikan wakaf Kohatsa dan di bina di atasnya sebuah mahaad Tahfiz yang mampu memuatkan antara 30-50 pelajar dan dua kelamin guru. Mudir di cadangkan daripada Pengerusi Kohatsa sendiri yang sedia pada masa ini mengajar AlQuran di rumahnya. Malah pelajar sedia ada boleh menggunakan premis Mahaad jika ingin mempromosi tempat tersebut untuk anak cucu, jiran, kenalan dan saudara mara mereka.

Antara keperluan asas Mahaad ialah bilik darjah dan asrama, bilik guru dan rumah guru yang boleh di bina sekali atau berdekatan. Kos termasuk memulakan premis mengikut anggaran yang berlaku di Terengganu adalah sekitar RM250,000 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh Ribu sahaja) Harapannya agar kemasukan pelajar nanti dapat manampong kos guru dan penyelenggaran Mahaad. Bujet RM250,000 untuk Tangkak itu pun termasuk belanja Mahaad dalam tempoh 6 bulan pertama.


KAEDAH MENGUJUDKAN MAHAAD

Tiga cara mengujudkan mahaad;

PERTAMA, bekerjasama dengan projek Yayasan Moreclass yang telah menubuhkan kelas Alquran di Shah Alam kini di urus oleh kepimpinan Ust Saiful,
KEDUA, menubuhkan Mahaad di Tangkak serentak mengambilpakai modul dan pengurusan AlManar dengan cara mencari dana melalui mencairkan aset ahli kohatsa yang ada harta/asset,
KETIGA, sumbangan ikhlas tenaga, kepakaran dan kewangan ahli kohatsa di salur terus ke Mahaad alManar sedia ada


CADANGAN MEMULAKAN PROJEK

Secara sukarela ahli Kohatsa boleh menawarkan khidmat ikhlas dalam bidang yang mereka mampu termasuk daripada pihak Yayasan Moreclass untuk di sampaikan kepada pihak AlManar. Sebagai contoh Dato’ Muhammad Safaruddin di minta menjadi Penasihat projek dan mungkin Pengerusi Yayasan Moreclass, Masothman penasihat rakabentuk. Hajjah Nortipah sebagai Mudir dan Datin Noraini sebagai yang bertanggongjawab mencari dana.

Perancangan projek Tangkak di cadang bermula bulan oktober 08 dan di jangka siap dalam tempoh 11 bulan Oktober 09. Perbincangan terperinci perlu diadakan dengan Yayasan moreclass jika mengambil kaedah pertama. Selain itu perbincangan setiap bulan ajk projek amat penting untuk memastikan projek tidak tergendala. Ia boleh d masukkan dalam agenda mesyuarat bulanan Kohatsa.

Ahli kohatsa 2 di minta hadir dalam mesyuarat kohatsa sebagai mencukupkan korum dan menimba pengalaman meneruskan perancangan Mahaad sekiranya sebarang gendala berlaku termasuk kematian mana-mana ahli kohatsa 1. Antara cara penggalakan termasuk menyediakan bujet transport kepada mereka yang dapat hadir mesyuarat kohatsa.

Sebagai penjelasan, asas persaudaraan Islam iatu IMAN DAN TAQWA adalah menjadi dasar pertemuan ahli Kohatsa. Oleh itu semua ahli kohatsa 1 dan 2 boleh terdiri dari sesiapa sahaja ahli keluarga termasuk anak angkat, sepupu dan sahabat handai yang ada kaitan kekeluargaan dan yang ikhlas memperjuangkan kebenaran Islam. Tidak berlaku sifat ‘assabiah kekeluargaan’ yang menitikberatkan hubungan darah semata-mata dalam Kohatsa kerana kita ingin buang sifat jahiliyah yang mendasari banyak urusan di dunia ini. Apa pun kaedah mendahulukan ahli keluarga seperti tersebut dalam surah Attahrim di pentingkan. (rujuk)

SYUR

Kohatsa mengambil keputusan untuk mengadakan Mahaad tahfiz dan mohon cadangan daripada ahli yang lain iaitu Kohatsa 1 dan 2 untuk memilih satu daripada kaedah berikut:

1. Bekerjasama atas dasar perjanjian yang jelas dengan Yayasan Moreclass di Shah Alam dan menubuhkan mahaad di Shah Alam sahaja
2. Bekerjasama dengan Yayasan Moreclass dan merancang mahaad di Tangkak dengan menyediakan bujet yang di syurkan
3. Kewangan dan tenaga kohatsa hanya bantu apa yang alManar ada tanpa mengujudkan mahaad.

Di syurkan kutipan dan sumbangan di mulakan untuk WAKAF KOHATSA dengan di lantik Pemegang Amanah. Wakaf ini boleh di gunakan untuk membantu kerja kemanusiaan dan kebajikan kepada semua umat Islam, mendahulukan saudara mara, masyarakat dalam dan luar negara contohnya membantu rakyat Palestin dan umat Islam yang tertindas di mana-mana.

WaAllahua’lam

Siap di sediakan di WP Labuan
13 Jun 2008

No comments: